“Skrg ni kita semua pakat ambik wuduk solat hajat utk siti sarah,supaya Allah bagi kesembuhan kpdNya..kita x tahu doa siapa yg Allah akan angkat….ayuh semua jom!!!” -netizen

Kuala Lumpur: “Saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah tidak okey,” kata pelawak Shuib mengenai keadaan terkini isterinya, Siti Sarah yang berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Shuib berkata, tahap oksigen Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.

“Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.

“Dia punya oksigen tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya ketika sesi siaran langsung bacaan Yasin dan doa untuk penyanyi itu.

Shuib dilihat gagal menahan air mata daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yassin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isteri tercintanya.

Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan yang sedang berlangsung secara maya ketika ini.

Semalam, Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah yang ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.

Katanya, sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah berada dalam keadaan normal dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Dalam pada itu Shuib meminta agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan buat isterinya yang masih dalam pemantauan doktor.

Siti Sarah kini berada dalam pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan.

Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tdak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku.

“Tlpu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.

“Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost l0st dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.

Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak

“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tdak balk tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebk.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan p0sitif C0vldl9 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan p0sitif vlrus tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.