Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hai, nama saya Sir N. Saya seorang cikgu English di Sekolah Kerajaan dan juga buat side income as seller… Sebelum saya nak cerita ni. Saya minta maaf la kalau saya ada salah eja or saya tulis ni korang tak faham ker.

Jalan cerita saya ni berterabur ker. Walaupun saya ni warga pendidik, saya cikgu English. BM saya berterabur. To Admin.. terima kasih yer post confession saya ni. Perkara ni sebenarnya dah berlaku lama. Nak kata lama tu macam tak lama sangat. Baru berlaku tahun lepas.

Saya anak bongsu daripada 2 adik beradik. Yer tak ramai, saya ada abang je. Dari kecik sampai sekarang berempat je dengan mak dan ayah saya.. Dari dulu lagi saya tak tau la. Saya ni kena pilih kasih ker apa ker entah la. Dari zaman tori lagi (bak kata orang pahang).

Mak dan Ayah saya tak pernah puji saya kalau saya ni dapat result cemerlang ke dapat jadi murid contoh dan pencapaian pencapaian tu semua la. Tapi abang saya, even dapat 1A pun celebrate macam dapat straight A. Dapat hadiah phone baru, kasut baru, beg baru, macam macam la..

Saya pernah terluka banyak kali, ada masa tu saya dapat no. 2 dalam tingkatan tau bukan kelas. Tingkatan yang saya ni no. 2 antara beratus murid dalam tingkatan yang sama.

Dalam bas nak balik rumah senyum lebar tak sabar nak tunjuk dekat mak dan ayah. Sanggup pegang kertas result tu, tak masuk dalam bag (padahal baru form 2 masa tu, dah macam ambik result SPM)..

Sampai rumah, tunjuk dekat Mak dengan Ayah.. Ayah kata, “Ni je ? Kenapa ada 1C (Math) ni ?”.. Mak pulak tambah lagi rempah ratus, “Kenapa tak dapat no. 1 ?”. Saya mampu senyum je dan terus masuk bilik..

Sampai la zaman Uni. Result SPM saya nak kata cemerlang tu, saya dapat 6A (reaction mak ayah saya still sama dekat perenggan atas). At least saya dapat masuk IPTA.. cikgu BI kan? Saya ambik course TESL. Abang saya result SPM so so je. Tak layak masuk IPTA..

Mak ayah saya sanggup habiskan duit berbelas ribu nak dia masuk IPTS. Amik course Aviation, jadi pramugara. Saya yang yuran Uni berapa ribu lah sangat pun saya kena bayar jugak dalam 30%. Kalau abang saya, 100% mak ayah saya sponsor.

Duit makan semua dapat, saya kena kerja part time cari sendiri duit. Zaman uni dah berlalu, zaman fresh grad, zaman praktikal. Perkara ni lah yang saya tak boleh lupa. Saya gaduh besar dengan family.

Di sini lah bermula semuanya. Dah 24 tahun saya simpan, saya luahkan lah apa yang saya rasa selama ni dekat mereka.. Lepas luahkan.. saya.. saya kena halau dari rumah. Saya dicaci maki, katanya tak reti bersyukur..

2014 saya start jadi cikgu. Berbekal gaji yang tak seberapa, stay di bilik sewa. Pergi kerja pun tumpang rakan kerja. Setiap tahun Hari Raya, sorang sorang dah macam yatim piatu..

2019… 5 tahun kemudian, Kehidupan saya sudah stabil. Saya dah ada rumah dan kereta, boleh pergi kerja sendiri. Pasal family, dah bertahun putus hubungan taktahu khabar apa. Saya ada lah stalk Facebook mak saya kalau rindu mereka.

Tiba tiba, time dalam bilik guru menanda buku pelajar pelajar. Mak saya call (saya masih pakai nombor sama dari dulu)..

“Hello… Adik ker ni.. Ni Mak dik.. Adik.. Baliklah.. Mak dengan Ayah dah lama tak jumpa adik. Mak rindu adik.. Ayah pun rindu adik sampai demam..”

Saya speechless. Makin kuat saya tahan, air mata lelaki saya jatuh jugak. Saya nangis tak cakap apa terus end call. Saya tak tahu nak react apa masatu. Saya tertanya, “Kenapa baru sekarang?” “Kenapa takde keluar kata maaf?”. “Kenapa lama sangat?”..

Takpela, mereka dah rendahkan ego mereka cukupla. Saya nak itu je. Saya pun kenalah rendahkan ego saya jugak. Lepas habis mengajar saya terus minta cuti..

Esoknya, saya call balik..

“Adik balik harini ye. Adik on the way ni”.

By the way, saya di utara. Kampung saya di selatan. Sepanjang perjalanan tu, saya asyik bertanya diri saya.. “Betul ker apa yang aku buat ni?”

Sesudah sampai, lepas parking je kereta. Mak dengan Ayah dah tunggu depan pintu. Mungkin cermin kereta tinted gelap. Mereka berdua ingat abang saya tapi sebenarnya saya. Tangan saya menggigil. Saya kuatkan jugak diri saya..

Saya bukak saje pintu, muka terkejut saya tengok. “ADIK???”.. Mak saya bisik kat ayah saya tapi saya dengar juga.. “b.. m…. w” (yer.. kereta saya Bmw).

Saya terkelu sebab mereka lagi tengok kereta saya dari saya sendiri tapi saya tak fikir apa dah. Saya langkah sampai ke beranda. Saya beri salam, terus mak dengan ayah peluk saya.

“Ayah minta maaf, ayah pandang adik ni macam orang bdoh yang akan memalukan keluarga. jadi cikgu ni gaji kecik. Ayah dengan mak hina adik macam macam. Ayah dengan mak kata adik takkan berjaya. Ayah dengan mak minta maaf dik..”

Saya terus rasa, mungkin inilah orang lain rasa bila dengan family diorang. Saya bersyukur sangat. Ayah dengan mak dah tak pilih kasih. Saya dapat rasakan yang ayah dengan mak, sayangkan saya..

Tak lama dalam 30 minit macamtu, ada kereta masuk dalam parking rumah. Keretanya Honda Jazz dan masa tu saya berdiri di depan pintu…

Abang saya la orangnya. Dia bersama isterinya dan seorang anaknya yang baru beberapa bulan. Terus tersentak saya..

“Mereka tak jemput aku ker masa kahwin?”

“Takpela.. benda dah lepas..”

Abang pandang saya dengan muka terkejut..

“Adik? Ke.. Kenapa adik baru balik sekarang??”. Terus berlari ke arah saya dan peluk.

“Abang banyak dosa dengan adik.. Abang minta maaf dik..”

Saya mengelamun.. “Mungkin.. inilah masanya untuk tamatkan semuanya..”

Saya kata dengan abang saya, “Takpela bang.. benda dah lepaskan ? kita mulakan hidup baru yer..”

Mungkin dulu, penuh rasa dendam pada diaorang. Rasa nak balas dendam tu semua ada. Tapi lepas apa yang berlaku hari tu, terus hilang semua rasa dendam. Rasa lega semuanya dah berakhir.

Betul lah orang kata, Air Yang Dicincang Takkan Putus….

Sumber – Sir N (Bukan nama sebenar) via IIUMC

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."