“Jadi PM bukan pilihan rakyat – buat meluat je” – netizen menyampah

Satu kempen dalam talian menolak pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 mendapat lebih 200,000 tandatangan warganet sejak dilancarkan.

Petisyen itu menulis bahawa rakyat tidak mahukan Ismail dilantik sebagai perdana menteri kerana ketika menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau dikatakan cuai dan gagal menangani wabak Covid-19.

Sehingga kini, petisyen tersebut sudah mengumpul lebih daripada 340,000 orang yang menyatakan sokongan penolakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Dia cuai dalam menangani wabak covid-19, menyebabkan jangkitan besar-besaran.”

“Banyak komen yang tidak tepat membuktikan bahawa dia hanya pembohong dan pelawak politik,” tulis petisyen itu.

“Setelah Mahiaddin turun dan Ismail ‘naik’ tidak akan menyelesaikan masalah negara sebaliknya hanya meneruskan kesinambungan kegagalan sebuah kerajaan lama.” kata mereka.

“He is just incompetent in handling the nation’s COVID-19 outbreak with super confusing SOPs and very poor, unfair enforcement!
How could such a weak candidate become our Prime Minister?” – Josh Chua

“Go to hell, Sabri. You are going to break up Malaysians. All races are like my adik beradik. You tahu tak!!!!! Malaysia memang is a beautiful country. Sabri you giler power and langsung tak kisah about Malaysians. Now the whole world is laughing. Go to hell, Sabri!” – Jean Faustina

“Idw him….bcuz we want a great king.his racist video was viral bfore he become pm…how is it okay??how if racist problem happen we’re not ready to leave this country” Idw him….bcuz we want a great king.his racist video was viral bfore he become pm…how is it okay?? how if racist problem happen we’re not ready to leave this country” – Devessh Kumar

“He had been a racist in his previous remarks, and had protray to be a divisive force rather than being a unifying one , in all aspect he does not show any statemanship quality at all” – Jimmy Eh

“Reject racist and incompetent MP as PM. Expecting more corruptions and Covid cases in the coming months. SAD.” – Clarence Sim

“Malaysia needs an upstanding statesman not a crony .we need a PM for all Malaysians. This is so sad when the voice of majority not heard” – Punita Dsilva

Naib Presiden UMNO itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memikul tanggungjawab sangat berat dalam memulakan tugas baharunya itu.

Dalam ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sehubungan itu seluruh kepemimpinan parti itu akan membantu Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.

“Tahniah setinggi-tingginya kepada Datuk Seri Ismail Sabri kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

“Beliau akan memulakan tugas dengan tanggungjawab yang sangat berat dan mencabar dalam waktu yang sangat luar biasa. Insya-Allah seluruh kepemimpinan parti akan membantu dan mendokong dengan sebaiknya kepemimpinan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.