Connect with us

#pop

Solidariti Buat Asri Janggut, Timb. Menteri MOSTI ‘PAYUNG’ Asri Janggut, NGO Tawar Khidmat Guaman

Slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada perlu menatijahkan kerjasama erat, menghargai masyarakat yang tampil membantu polis menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

Yang memberi maklumat, membantu harus dihargai dan dilindungi. Bukan sebaliknya. Kita ada akta yang sepatutnya melindungi pemberi maklumat.

Penjual Burger yg tular itu adalah contoh warga yang kita inginkan. Tampil dan berinisiatif untuk menceg4h kemungk4ran.

Bukan percuma dan mudah untuk beliau tanpa jemu turun naik Bukit Aman dan pelbagai pejabat penguatkuasaan yang lain.

Solidariti Buat Asri Janggut, Timb. Menteri MOSTI ‘PAYUNG’ Asri Janggut, NGO Tawar Khidmat Guaman

Beliau nyata bertepatan dengan hadis Rasulullah saw. Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungk4ran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)]

Saya amat kecew4 dengan respon awal Ketua Polis Daerah yang berkenaan yang terlalu cepat membuat kesimpulan penaf1an.

Tahniah Ketua Polis Negara yang mempamerkan pendirian yang positif dengan memberikan jaminan isu berkenaan akan dis1asat dan mengucapkan penghargaan kepada pemberi maklumat.

Manakala di dalam perkembangan yg lain sebuah pertubuhan NGO turut tampil memberi sokongan moral kepada Asri Janggut dengan menawarkan khidmat guaman percuma  dan sanggup membantu menyara keluarga Asri Janggut jika berlaku sesuatu perkara yg tidak diingini…

Al Azhar Care menulis…

Jika ada kenalan abang Asri Janggut a.k.a abang Burger tolong sampaikan pesanan kami kepada keluarga beliau, boleh hubungi kami di talian 013-9999894 atau PM Al Azhar Care.

1) Kami sudi menyediakan peguam untuk membela beliau jika ada berlaku tangk4pan.

2) makan minun anak beliau kami akan pastikan tersedia di rumah mereka jika berlaku perkara bur0k.

Sama sama kita doakan Abang Asri dan keluarga dijauhkan daripada mal4petaka daripada mus0h yang jelas ataupun sembunyi.

Amin Ya Rabb. Mohon panjangkan status ini dengan share, terima kasih.
Jazakallahu khairan jaza…

Solidariti Buat Asri Janggut, Timb. Menteri MOSTI ‘PAYUNG’ Asri Janggut, NGO Tawar Khidmat Guaman

Kredit; Ahmad Amzad Hashim & Al Azhar Care

Continue Reading

Trending