Diuji Lahir Hanya ‘Tulang’, Berkat Dan Semangat Tidak Putus Asa Menyusu Badan, Damien Riyadh Terus Gebu BamBam

Ibu mana yang tidak sedih apabila bayi dilahirkan tidak seperti anak orang lain. Walaupun dilahirkan di usia 38 minggu dan dikira cukup bulan, tetapi beratnya tidak mencapai berat normal. Disebabkan terlalu kecil, kelihatan seperti ‘bayi yang sakit’.

s

Namun kuasa Allah dan semangat tidak berputus asa seorang ibu, Puan Surina Abdul Rahman, anak lelaki yang diberi nama Muhammad Damien Riyadh, lahir pada 8 Jun 2021 semakin hari semakin membesar dengan sihat dan tidak kelihatan seperti bayi yang bermasalah ketika dilahirkan.

Berikut adalah perkongsian dan tips Puan Surina untuk ibu-ibu yang mengalami masalah serupa. Yang paling penting jangan mudah putus asa dan fikirkan nak yang elok je untuk anak.

s

Pada mulanya anak saya ini membesar dengan baik dalam kandungan. Tetapi masa kandungan cecah 33 minggu nak masuk ke 34 minggu dan saya scan di klinik doktor tengok baby ni kecil. Ukuran kepala/perut/peha kecil dengan berat janin 1.7kg. Anggaran baby tu kecil beberapa minggu ke belakang.

Jadi klinik kesihatan rujuk saya ke hospital tempat saya nak bersalin (HUKM). Selepas itu, saya pergi ke HUKM dan doktor scan semua dan dapati memang baby kecil. Berat 1.7kg macam tu (sama dengan klinik kesihatan)

s

Mulai hari itu bermula lah rutin check up saya 2 minggu sekali. Jadi next check up adalah masa kandungan saya 35 minggu++. Doktor scan lagi sekali dan dapati baby tak berkembang sangat sebab berat baby hanya 1.8kg sahaja. Ukuran baby pun jauh ke belakang dari usia sebenar dia.

Sepatutnya doktor nak suruh admit je bersalin memandangkan saya elective czer. Tapi bila doktor jumpa dengan pakar berbincang, mereka setuju tunggu saya genap 37week sebab air ketuban saya ok. Aliran darah ke baby ok, semua ok, berat je tak cantik.

s

Apabila buat last check up saya semasa kandungan 36 minggu++ dan doktor estimate baby dalam 2kg++ boleh jadi kurang dari 2kg boleh jadi lebih 2kg.

Masa deliver 38week berat baby saya 2.33kg memang kecil lah. Perut, peha semua kecil je. Kalau baby lain pegang tu sedaplah juga gebu, tapi anak saya rasa tulang je.

Bagaimanapun, kini perkembangannya sangat positif dan alhamdulillah sekarang dah capai berat 7 kilogram di usianya 5 bulan.

s

Tips Naik Berat Baby

Menurut Surina, apa yang dia lakukan sehingga graf anaknya naik cantik dan konsisten adalah:

Saya breastfeeding baby kerap. Selang 40 minit saya breastfeed dia. Siang malam sama je. Masa dia awal-awal lahir kuning tinggi dan lama. Hampir 2 bulan baru hilang.

Saya banyak baca untuk naikkan berat bayi, kena keep breastfeed waktu malam. Jadi saya ikut petua ni. Alhamdulillah memang berat baby naik cantik dan duduk di line putih sahaja.

s

Masa mula-mula sedih dan down sebab rasa anak kita ni tak “senormal” budak-budak lain yang lahir gebu, bam bam dan sihat.

Tapi kebetulan masa bersalin tu dalam tempoh PKP dan tiada siapa pun tak boleh datang tengok baby. Jadi lega la juga sebab kadang bila orang datang tengok kata ‘eeh kecil yaa’ lagi la rasa down.

Mujurlah ada ahli keluarga yang memahami dan rakan-rakan yang selalu bagi pandangan. Kalau tak mungkin sedih juga.

Sumber : pa&ma via karipapangin

Check Also

Terbaring Akibat Serangan J4ntung, Pian Cecupak Meninggal Dunia. Ini Lokasi Dia Ditemui. Al Fatihah

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 8 malam Rabu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.