[VIDEO] Anak Tergamak Membakar Kubur Ayah, Kerana Tidak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta?

Kita semua tahu bahawa di dunia ini memang ada ahli keluarga yang akan bertengkar sesama sendiri kerana tidak berpuas hati dengan urusan pembahagian harta pusaka milik orang tua mereka yang telah pergi buat selamanya. Dalam kes yang lebih teruk lagi, ada juga yang sampai sanggup putus saudara.

Namun tanpa disangka, ada juga yang bertindak sampai di luar jangkaan dan kawalan seolah-olah melampiaskan amarah kemarahan mereka kepada ibu bapa yang sudah tiada seperti kisah yang diceritakan ini.

Rosakkan kubur ayah

a

Baru-baru ini, sebuah video tular yang didakwa mengatakan bahawa seorang anak ini tergamak merosakkan kuburan ayah kandungnya berpunca dari tidak berpuas hati dengan isu pembahagian harta di kalangan ahli keluarga.

Melalui posting yang dimuat naik oleh @khnervn, menunjukkan satu kawasan tanah perkuburan dipercayai di daerah Aceh, Indonesia, yang berasap setelah seorang individu melakukan perkara yang dianggap biadap di situ.

Anak Baaar Kubuur Ayah 1Sumber: TikTok
Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat sedang bertungkus-lumus untuk memadam api di sekitar kawasan perkuburan yang terbakar.

Di antara banyak-banyak kubur di situ, terlihat sebuah kubur ini masih dijilat api dan cuba dipadamkan oleh lelaki tadi.

Menurut lelaki tersebut, kejaadian itu berpunca daripada kedatangan seorang individu yang menaiki kereta berwarna putih dan dengan sengaja terus membakar kubur ayah kandungnya itu. Bukan saja itu, individu tersebut juga turut didakwa memecahkan batu nisan.

Oleh sebab berasa simpati, lelaki tadi terus cuba memadamkan api yang turut merebak ke kuubur yang lain. Tambahnya lagi, individu itu adalah anak kandung kepada si mati dan motifnya melakukan hal sedemikian sebab tak berpuas hati dalam urusan pembahagian harta warisan ayahnya.

Perkongsian tersebut telah mengejutkan ramai, dan sehingga kini video tersebut telah peroleh lebih dari 447k tontonan di TikTok.

@khnervn🥺🥺

♬ original sound – izuannuyasha – Wan_Mr.cloud

“Saat orang tua masih hidup di lempar ke saudara lain, waktu pembagian warisan dialah paling depan”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan dilakukan oleh individu tersebut. Ada yang menyifatkan bahawa orang seperti ini adalah jenis yang tak pernah kisah pada orang tuanya sewaktu hidup dan hanya muncul ketika pemberian harta ketika ibu bapanya sudah tiada.

Selain itu juga, ada yang memberi pandangan bahawa mereka lebih memilih kesejahteraan kedua ibu bapa mereka berbanding merebut urusan harta sebegini.

a
a
a

Sampai hati betul anak dia sampai nekad bertindak macam itu. Moga kita semua dijauhkan dari sifat begini dan doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita.

SUMBER:Lobakmerah

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.