Connect with us

#vvip

Suami ckp pergi main futsal, rupanya dating dgn jiran bertudung labuh

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Semoga dapat pengajaran. Assalam semua pembaca. Maaf, confession aku agak panjang sebab rasa nak luahkan segalanya di sini sebelum nak buka lembaran baru dalam hidup kami. Kami psangan yang bahagia. Luaran, dalaman. Maksudnya, bukan pura-pura bahagia ye. Salah faham sikit tu ada, tapi tak sampai tahap kr0nik hinggalah satu hari muncul HH dalam hidup kami.

Semua jadi secara tak tersangka sebab aku tak pernah fikir yang jiran kami akan jadi orang ketiga dalam rumahtangga kami. Ye, jiran okay, jiran. Dan terjadi di saat hubungan kami suami isteri memang okay sangat-sangat, tak ada masalah apa pun.

Kantoi pun bila aku check bil telefon suami, (walhal selama ni aku tak pernah check pun, betapa ALLAH nak tunjuk) dan aku jumpa nombor HH. Rupanya, setiap petang suami aku akan call HH lepas dia main futsal.

Kalau weekend pulak, call setiap pagi lepas jogging. Aku yang solehah sangat ni pun mengiyakan tanpa banyak tanya walaupun sebenarnya aku tak gemar suami aku aktif sangat main futsal sebab aku wanita bekerja, penat jugak urus rumah sorang-sorang dengan anak lagi setiap hari. Rasa macam bodoh kejap.

Yang lebih menyedihkan adalah mereka siap dating tepi pantai lagi seminggu sekali selama sebulan, sedang aku struggle kat rumah mengemas, siapkan anak, siapkan kerja pejabat yang tak siap. Keluar lepas Asar balik dekat nak Isya’. Cakap pergi main futsal, tapi rupanya pergi jumpa HH. Dan aku pun percaya. Lagi sekali bodoh.

Bila kantoi, dengan masih terkejut beruk sebab dengan jiran sendiri, aku pun jumpa HH nak bincang hati ke hati. Yang lagi terkejut beruk, HH pakai tudung labuh, pakai handsocks, stokin bagai tau.

Macam tak percaya pulak. Aku tanya, memang nak kahwin dengan suami aku ke, nak bermadu ke. Dia kata, kalau dah jodoh, nak buat macam mana. Amboi, jawapan artis mslimah sangat kan.

Sumpah rasa nak pijak muka dia. Tapi masa jumpa HH, aku tak menangis pun. Siap aku boleh pluk dia sebelum balik. Entah mana dapat kekuatan.

Aku tanya dia, kenapa masih layan walaupun dah tahu status suami aku? Kenapa ikut pergi tepi pantai? Sumpah, aku tak salahkan HH 100% sebab aku tahu it takes two to tango. Mesti sama-sama gatal miang.

HH balas, dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Dia pun tak percaya yang dia boleh jadi orang ketiga. Erm.. korang rasa apa, dengar jawapan dia? Yang tak tahan tu HH cakap, dia & suami aku keluar, duduk & berbual-bual jek, bukan buat apa-apa tak baik.

Ya Tuhan.. keluar dengan suami orang tu perbuatan baik ke? Hahaha.. mudah betul penunggang agama mensucikan perbuatan mereka. Mendidih jek aku dengar.

Bila aku tanya suami (depan HH sebab aku nak dia dengar sendiri dari mulut suami), suami kata dia tak nak kahwin pun dengan HH sebab dia tak nak duakan aku dan sayang anak kami.

Suami cakap dia tak sengaja, tergelincir, terjatuh kasihan sebab HH selalu cerita pasal kisah cinta sedih dia. Umur HH 36, tapi masih bujang, suami aku 32. Oh, lupa nak bagitahu, suami aku dan HH pernah ada urusan bersama walaupun lain syarikat, so ada contact number masing-masing. Tu yang boleh tukar-tukar cerita sampai berputik kasih sayang tu kononnya.

Pertemuan kami pun tamat dengan keputusan– mereka putus. HH janji dengan nama ALLAH yang dia takkan ganggu suami aku lagi & akan buat-buat tak kenal walaupun berjumpa dalam urusan atau majlis syarikat.

Baiklah, aku pegang janji dia sebab dengan imej mslimah yang dia bawak. Tapi selang dua hari, tiba-tiba aku dapat mesej dari HH.

HH mintak izin untuk jumpa suami aku untuk kali terakhir weh Hahahaha.. aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. Siap nak aku ada sekali. Jumpa kat taman dekat dengan rumah kami.

Dia nak aku jadi saksi pertemuan terakhir Romeo & Juliet cinta tak kesampaian ke macam mana? Nak pitam rasa. Aku pun apa lagi, aku sekolahkan HH dengan ayat berlapik. Memang aku tak bagi jumpalah ceritanya.

Ingatkan habis cerita, rupanya HH meroyan kat FB dan IG. Post lagu-lagu jiwang, tulis ayat-ayat putus cinta, siap buat puisi untuk suami aku weh. Tak boleh blah, siap counting days dah berapa hari putus, tak dapat jumpa suami aku, post kat IG story. Hahahahaha.. buruk rupa betul orang tua bercinta ni tau. Muntah hijau aku.

So aku sound direct ke HH, aku tanya masih tak boleh lupa ke? Sebab aku risaulah kot dia meroyan cari suami aku balik. Tapi HH cakap, dia dah boleh lupa.

Aku kata, kalau dah boleh lupa, stop lah meroyan dalam FB & IG macam perempuan kurang kasih sayang. Suami orang kot, dok sibuk gila nak buat apa. Aku bagi sedas dua, tarbiah sikit. Dia ingat aku tudung bidang 45 ni tak boleh tarbiah perempuan tudung bidang 60 ke. Cet.

Sejak tu, aku pilih untuk tak lagi fikir dan ambil tahu pasal HH. Cuma kalau keluar rumah, nampak kereta & rumah dia tu, rasa tersksa jugak jiwa raga. Tapi takkan nak pindah rumah semata-mata? Rumah dahlah mahal sekarang. Sabar banyak-banyak jek lah.

Aku share sini untuk pengajaran bersama :

Suami

1. Kalau dah ada isteri tu, tolonglah tak payah nak baik sangat dengar cerita manusia berlainan jantina ni. Aku percaya, lelaki & perempuan tak mungkin boleh jadi kawan baik. Salah sorang mesti akan ada feeling.

Kalau dua-dua ada feeling, lagilah haru. Baik kau balik rumah, kau dengar luahan & cerita isteri kau, dapat jugak menambah pahala. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.

Tak baik tau aniaya perempuan yang dah lahirkan anak kau. Isteri dah bertoleransi kau bersosial dengan kawan-kawan, jangan salah guna.

2. Janganlah mainkan perasaan anak dara orang. Sebenarnya saja suka-suka jek nak cuba try test. Macam suami aku, dia cakap saja jek try chat. Nak test market. Tak sangka pulak HH membalas sampai jatuh cinta.

Sebagai perempuan, aku marah sangat. Kalau dah sampai HH tu meroyan, dah memang sayang sangatlah. Siap bagitahu mak dia. Siap sanggup bermadu, walhal suami aku tak niat pun nak buat isteri. Ingat ye, nanti kau ada anak perempuan, suka ke orang buat anak kau macam tu?

Isteri

1. Ada orang cakap, jangan check phone suami supaya tak skit hati. Berdasarkan pengalaman aku, ada pro & kon. Aku check jugak phone suami aku, tapi biasalah lelaki, pandai.

Dia dah buang segala conversation, call log segala. Memang clean & clear. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk, bila-bila masa jek. Doalah banyak-banyak. Tunjukkan keprihatinan anda. At least, suami ada jugak rasa fikir banyak kali sebelum nak buat pelik-pelik.

2. Jangan stress sangat nak jadi yang terbaik. Macam aku, semua benda aku buat sebab nak jadi solehah terbaik. Makan suami pun aku cedok berhidang segala tau. Tinggal tak suap ke mulut dia jek.

Baju semua aku basuh, sidai, lipat, gosok. Cebok berak anak pun dia tak pernah sebab dia kata nak muntah bau busuk. Hahaha.. tapi kena cvrang jugak.

Bukanlah maksud aku kita abaikan tanggungjawab, cuma jangan paksa diri melampau sampai boleh makan diri sendiri. Bahagi tugas sama-sama supaya ada rasa tanggungjawab.

Suami & isteri

1. Selalulah bincang hati ke hati bersama. Bagitahu apa yang kurang, apa tak puas hati. Lelaki ni suka simpan. Bila ada orang luar sudi mendengar, mulalah jadi cerita lain. Yang perempuan pulak suka buruk sangka & overthinking.

Kongsilah cerita setiap hari untuk lepaskan rasa dalam hati supaya tak terbeban, tapi jangan jadi medan memburukkan pasngan pulak. Lebih kepada muhasabah diri bersama untuk jadi lebih baik.

2. Solat berjemaah dan di awal waktu adalah kunci bahagia rumahtangga. Itu yang kami suami isteri lalai lepas ada anak. Sibuk kejarkan anak, sampai solat jemaah entah ke mana.

Bila salam c1um dahi lepas solat tu, rasa syahdu, rasa sayang makin mendalam, harapnya dapat tutup hati masing-masing dari kecvrangan. Dapat jauhkan hati dari rasa tak cukup, sunyi & perasaan negatif yang menjurus kepada cuurang.

Aku pun masih mencari kekuatan untuk melupakan. Ye, aku maafkan suami & HH, tapi tak mungkin sesekali aku lupakan. Jiran pulak tu, lagilah susah nak lupa weh. Hahaha.. korang, doakan aku ye.

Aku tahu banyak lagi k3s cur4ng yang lagi teruk, aku patut bersyukur sebab ALLAH tunjukkan segalanya sebelum jadi semakin melarat. Sebab tu, jangan sesekali lupa ALLAH. Jaga hubungan dengan DIA, DIA akan jaga kita. InsyaALLAH.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet

Farah idora, Benda paling aku elak ialah kawan dgn suami org. bkn nak kecam tp minta simpang la benda2 tak elok tu. fikir fikir la nak kacau rumah tangga org. kau bukan hncurkan hubungan suami isteri tp anak2 dorang jgk.

Faiz Akmal, Alhamdulillah. Suami isteri saling percaya. Aku kenalkan isteri dengan kawan aku tak kira jantina. Isteri aku juga begitu. Isteri aku ada all access to my phone. Dia boleh buka all my sosial media.

Pesan aku pada semua. Jangan salahkan jantina. Ini masalah individu tersebut. Kita jangan terlalu mencerca orang. Kita pun tak tahu macam mana masa depan kita. Ambil yang baik, buang yang buruk.

Nur Suraya, Sebab tu kena biar laki kita busy buat kerja rumah sekali, jaga anak sama-sama. Kalau nak pegi dobi pun, kalau boleh bawak anak sekali. Nak main futsal, boleh je, sila bawa anak ya.

Nak g ride? Boleh.. bawak anak skali… Haaa, gituuu.. xdela kita jaga anak sorang2, dia boleh berfoya-foya diluar.

Nak g joging? Bolehhh, saya nak ikut skali. Takkan nak kuurus sorang2 kannn.. payah bawak anak? Ha, dok mereput menggemok kat rumah berdua.

Izzue Wana, HH pun, umur baru 36 tu. Ada kerja, ada kereta yg nak sondol suami orang tu desperate sangat ke. Kemain ramaiiii lelaki bujang, usaha la cari, buka ruang berkenalan, acah suci sangat konon nak mahalkan diri eh tersondol suami orang siap kena angkut tepi pantai tu pun tak boleh jugak la HH.

Meroyan mengalahkan first wife, tp selalunya mcm tu la. Yg menyondol tu feeling lebih mcm kesayangan dia pulak kena rmpas, hmm.

Siti Fazila, Walaupun pjg tulisan ceritanya xboring baca smpai habis…kot kot kalau ada smbungan dr crita ni ok je aku tunggu.

Semoga rumahtangga tt kekal bahagia selamanya. Buat jiran tt tu harap2 insaf la xganggu suami org lagi…carilah yg bujang atau duda ye tuk dijadikan suami.

Watie Rasid, Bak kata Umie Aida, mslimah di bawah lindungan kaabah gitew. Btw, initial nama saya dlm minit mesyuarat adalah ‘HH’ tapi tu bukan saya la ya. Lelaki macam suami awak tu saya pernah jumpa, tapi bujang. Konon nak “try”.

Akhirnya saya yg merana kerana termakan harapan. saya hanya mampu doakan dia bahagia dan saya yakin saya juga boleh lebih bahagia dari dia. Aamiin.

Efa hamid, Adoi la ftnah ni memana pun ada. Dan sbb ni aku jenis menyombong dgn laki. Even laki kawan baik aku, xdak la sesuka hati mak tiri belah laki mak aku nak add fb nak inbox nak wasap bagai. Lagi nak bawak menyembang. Kalau pun kita xdak niat nak pangkah ke sailang kawan, mulut orang oii.. cepat benor berjalan nya.

Nur silah taslim, kita kena faham ramai d luar sana pki tudung labuh..pki pakaian mslimah dgn niat berbeza2… Mungkin dulu sksi dh tua berubah…mungkin berubah pemakaian kerana ikut kawan jd jgnlah kerana mereka pki tudung labuh…jubah kita dh cop mereka alim…sbb pderi pun pki tudung…..

kedua jd isteri walaupun bahagia luar dlm jgn smpi tak ambik tahu hal somi….somi Allah anugerahkn akal y panjang dlm membuat penipuan dlm cita madu 3 pun kita boleh tgk mcmna….dan Alhamdullilah Allah bagi ujian nie bkn saja nk bg ujian pd somi, pd isteri dan pd org ketiga…

bila satu2 ujian itu Allah bg…Allah turunkn malaikat utk lihat reaction kita dgn masalah ini kerana Allah nk naikkn darjat sis….semoga selepas nie Allah dtgkn rahmat dan barakah dlm rumahtangga sis.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Continue Reading

Trending