Connect with us

#viral

Suami ‘Naik Minyak’ Hempas Dapur Gas, Isteri Terlalu Asyik Berzumba Sampai Lupa Nak Masak

Setiap insan tak kira lelaki atau wanita semestinya memiliki satu rutin harian atau hobi yang gemar dilakukan, tetapi janganlah terlalu leka sehingga terlupa akan tanggungjawab dan hubungan dalam rumah tangga.

Terkini tular di laman Facebook mengenai seorang lelaki ‘naik minyak’ apabila mendapati isterinya tidak memasak kerana terlalu sibuk berzumba dengan rakan-rakan.

Isteri tak masak, sibuk berzumba

Kalau kita lihat dari video dikongsi Eris Riswandi, kejadian dipercayai berlaku di Indonesia itu menunjukkan lelaki terbabit bertindak di luar kawalan dengan menghempas dapur gas di hadapan isterinya yang ketika itu sedang asyik berzumba.

Keadaan mula bertukar kecoh apabila seorang wanita yang merupakan isterinya cuba memujuk dan menenangkan lelaki itu, tetapi dia tetap mengamuk sambil diperhatikan rakan-rakan zumba isterinya.

Masak dulu baru berzumba

Tidak diketahui bila kejadian tersebut berlaku, tetapi posting itu mendapat 5,700 perkongsian selain pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang berpendapat bahawa si isteri perlulah mengutamakan tanggungjawab terlebih dahulu, manakala si suami pula tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Siapa tak mengamuk bila masa untuk makan tiada dan dilihat isteri sedang asyik berzumba sampai terlupa untuk memasak.

Isterinya yang salah

Mungkin isteri dah banyak kali buat macam tu

 

Sumber: Eris Riswandi

Continue Reading

Trending