Connect with us

#celeb

“Suami Tidak Izinkan..” – Fasha Sandha

Baru mencecah usia 6 hari zuriat ketiganya, pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 36 atau lebih popular dikenali sebagai Fasha Sandha akui terkejut dengan tindakan peminatnya yang mendaftar laman sosial instagram untuk anak perempuannya yang diberi nama Aisha Amaira.

Menerusi perkongsian Fasha pada hari Rabu, dia mengatakan bahawa dia tidak pernah mendaftarkan laman sosial instagram rasmi untuk keseluruh anak-anaknya.

Tambahan, suaminya iaitu Aidil Aziz yang merupakan seorang pelakon juga tidak memberi keizinan untuk anak-anak pasangan itu memiliki akaun sosial atas faktor-faktor tertentu.

“Aisha tak ada Instagram tau. Ibu (Fasha) terkejut ramai buatkan Instagram untuk Aisha.

Aisha merupakan anak sulung Fasha bersama Aidil.

“Ibu tak buat Instagram untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan.

“Jadi, gambar Rayfal, Raysha dan Aisha semua dalam Instagram ibu saja tau,” tulisnya.

Sementara itu, ramai netizen yang mengikuti perkembangan pasangan itu turut menyokong dengan tindakan yang dilakukan oleh Fasha dan Aidil.

Ianya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan keselesaan anak-anak mereka.

Selain itu, pihak netizen juga meminta agar Fasha kongsikan senarai akaun sosial palsu yang menggunakan nama anak sulungnya untuk dilaporkan kepada pihak Instagram.

“Mungkin ibu boleh post screensh0t akaun-akaun palsu tu dan minta tolong netizen report ramai-ramai… kami sedia membantu.

Fasha dan suaminya, Aidil bersama anak-anak mereka.

“Lebih elok tak ada Instagram… baru lahir sangat. Elak penyak1it Ain dari mata-mata yang memandang. Comelnya Aisha, Mashaallah,” komen yang dilemparkan sesetengah netizen.

Untuk makluman, kedua pelakon itu telah mendirikan rumahtangga pada Mac 2019 dan perkahwinan itu merupakan perkahwinan buat kali kedua untuk Fasha.

Sewaktu perkahwinannya yang pertama, Fasha dikurniakan dua zuriat tersayang yang diberi nama Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

sumber: mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya