Berjaya Bawa Pulang Pingat Olimpik, AzizulHasni Dapat Anugerah Tokoh, Diberi Biasiswa Lanjut Pengajian Dan Jawatan Sebagai Pensyarah UPSI

SELEPAS kejayaan merangkul pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang kini bergelar pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Surat tawaran jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53 itu diserahkan sendiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada jaguh berbasikal trek negara, dalam satu majlis ringkas di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City di Tanjung Malam, pada Isnin.

Dalam majlis itu, Azizulhasni turut menerima dokumen berbentuk surat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah.

Md Amin berkata, tawaran itu merupakan penghargaan pihak UPSI atas pencapaian cemerlang atlet Olimpik yang melakar kejayaan dalam sukan berbasikal trek di peringkat antarabangsa itu.

a

Md Amin (tengah) menyerahkan surat tawaran kepada Azizulhasni dalam satu majlis ringkas di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City.

Menurutnya, Azizulhasni dipelawa melanjutkan pengajian pascasiswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat Sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau Doktor Falsafah selama tiga tahun bernilai RM103,700.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

“Penawaran insentif kecemerlangan itu ditawarkan secara terbuka bermula 1 September 2021 hingga 31 Disember 2024.

“Tawaran itu membolehkan Azizulhasni memberi fokus dan tumpuan beliau meraih pingat emas pertama negara di Olimpik Paris pada 2024,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Selepas majlis tersebut, Azizulhasni dibawa melawat Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI Sport City.

azizulhasniawang – Syukur kehadrat ilahi, sekali lagi saya mendapat penganugerahan yang tinggi dalam dunia akademik apabila di berikan Anugerah Kecemerlangan Tokoh Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) @upsi_malaysia dan ditawarkan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah serta jawatan sebagai pensyarah. Tawaran seperti ini adalah satu langkah dinamik dari pihak UPSI yang mana suatu masa nanti apabila tiba masa untuk saya menggantungkan basikal, saya tahu yang sudah ada peluang baru disitu. Saya berharap, penganugerahan seperti ini akan menjadi motivasi untuk rakan-rakan atlet di luar sana untuk bekerja dengan lebih keras dan mencapai kejayaan di peringkat yang tertinggi.Ucapan terima kasih kepada seluruh warga UPSI yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung didalam upacara ini terutamanya Naib Canselor Prof Dato Dr Md Amin Md Taff, Dekan FSSK Dr Jafry Zakaria, Dekan IPS Prof Madya Dr Raja Nor Safinas Raja Harun dan Pengarah Pusat Sukan En Mohammad Faeez Mohammad Alias.

Saya juga telah memaklumkan kepada pihak UPSI yang buat masa ini saya tidak akan membuat mana-mana pilihan konkrit ke atas tawaran-tawaran yang diterima kerana fokus saya adalah untuk memberikan tumpuan penuh kepada Olimpik 2024 terlebih dahulu.

Terima kasih semua.

#UniversitiPendidikanSultanIdris #UPSI
#university #education #knowledge
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang

Antara komen pembaca:

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.