“Tiba-Tiba Suaranya Berubah, Ketika Saya Memandu Kereta Dia Menjerit Dan Meracau” – Pemilik Myvi

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tersebar rakaman ‘dashcam’ di mana seorang wanita dilihat melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak perlahan.

Melalui video yang dimuat naik itu juga dapat dilihat bahawa gadis berkenaan bertengkar dengan teman lelakinya dipercayai merupakan individu yang memandu kenderaan terbabit.

Namun baru-baru ini, pemilik kenderaan terlibat telah tampil untuk menceritakan kejadian yang sebenarnya.

Terkena gangguan, suara berubah dan meracau-racau

” Bukan pasangan bercinta bergaduh tetapi kena gangguan”

Itulah perkongsian pemilik kereta Myvi yang viral yang didakwa bertengkar dengan teman lelakinya sehingga menyebabkan wanita tersebut bertekad untuk melompat keluar dari kereta.

Melalui pengakuan yang dibuat menerusi saluran Youtube Amirul Syakir semalam, beliau menafikan mereka adalah kekasih dan menjelaskan bahawa wanita berkenaan terkena gangguan ketika dalam perjalanan untuk mencari barang.

” Di sini saya jelaskan kami bukan pasangan bercinta dan hanyalah rakan sekerja, ketika itu kami keluar mencari barang-barang untuk buat ‘content’.

” Ketika itu dia terkena gangguan sehingga suaranya berubah, semasa saya tengah bawa kereta dia menejrit meracau-racau dan tak tahu nak buat apa, ketika itu saya tekan lampu isyarat kecmasan sebab nak selamatkan keadaan,” katanya semalam.

Tambahnya lagi, ketika kejadian dia tidak sempat untuk menarik rakannya itu kerana kejadian berlaku dengan pantas.

” Waktu itu pintu kereta terbuka dan saya tidak sempat tarik dia sebab pakai ‘seat belt’, tiba-tiba dia hilang.

” Rupa-rupannya dia dah di seberang jalan dan selepas itu baru saya tutup pintu dan matikan lampu isyarat kecemasan terus buat pusingan U untuk mencarinya,” jelasnya.

Susulan perkongsian tersebut, kebanyakan warganet mendoakan kesihatan wanita berkenaan dan ada juga yang menasihatiorang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video terbabit tanpa usul periksa.

” Anggap sahaja ia sebagai ujian dari Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan selama ini, belajar memahami dan terima dengan hati terbuka mugkin dengan ujian yang di beri salah satu jalan untuk dekatkan diri kepada Allah,” kata Mentadak Mentadu.

” Sekarang ini fitnah mudah sangat berleluasa. Belum siasat dah sebarkan, semoga keknan dan keluarga dipermudahkan urusan. Anggap benda ini ujian dari Allah S.W.T,” jelas Syahaddah Nik Nor.

” Semoga kalian dipermudahkan segala urusan, buat wanita itu saya doakan semoga awak sihat dan dijauhi segala penyakit atau buatan orang,” ujar Aqillah Balqis.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tentang kejadian pasangan yang didakwa sedang bergaduh dengan kekasih sehingga membuatkan wanita itu nekad untuk terjun dari kereta.

Menerusi perkongsian video kejadian oleh Mat Jie di laman media sosialnya, dia nyaris melanggar wanita itu selepas dia bertindak keluar daripada Perodua Myvi yang ketika itu sedang dipandu di jalan utama.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan Universiti Selangor.

Ketika kejadian, kereta jenis Perodua Myvi tersebut kelihatan memperlahankan kenderaan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum wanita itu bertindak terjun keluar.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.