Sultan Johor Memuji Pelakon Marvel Shang-Chi Kerana Tidak Lupa Asal Usul, Siap Tunjuk Passport

Bangga jadi rakyat Malaysia!

Bintang filem Marvel Shang-Chi baru-baru ini telah menjadi bualan ramai kerana menunjukkan passport Malaysia yang dimilikinya

Dalam video yang dimuat naik oleh Marvel Studios Malaysia di Twitter, kelihatan Ronny Chieng sedang memberikan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada semua.

Bintang filem itu juga memberitahu dia juga merupakan rakyat Malaysia yang telah lahir di Johor Bharu dengan membuktikan mampu bercakap dalam Bahasa Melayu. Malah, dia siap menunjukkan passport Malaysia yang dimilikinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sultan Johor zahirkan rasa bangga atas kejayaan Ronny

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini telah memuat naik status di akaun Facebooknya dengan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan dua anak kelahiran Johor iaitu pelakon Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, Ronny Chieng dan penyanyi yang juga penulis lirik lagu, Gin Lee.

Terdahulu Ronny Chieng pernah membintangi filem Cr4zy Rich Asians bersama pelakon popular Henry Golding.

Baginda mengucapkan tahniah di atas pencapaian luar biasa mereka di peringkat antarabangsa.

“Terima kasih kerana mengharumkan nama Johor. Saya percaya Johor mempunyai banyak bakat terpendam yang masih belum dicungkil. Jadikan kejayaan mereka sebagai contoh dan inspirasi kepada rakyat Johor. Saya berharap mereka terus kekal meletakkan nama Johor di mata dunia,” titah Sultan Ibrahim.

Lihat ciapan penuh itu di bawah:

JOHOREANS PUTTING JOHOR ON THE WORLD MAPHM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar is very…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Friday, September 17, 2021

“Tahniah kepada kedua2nya, terbukti bangsa Johor memang hebat” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 18K likes, 448 comments dan 1.1K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Sultan Johor Puji Pelakon Marvel Shang-Chi Tak Lupa Asal Usul, Siap Tunjuk Passport

Sultan Johor Puji Pelakon Marvel Shang-Chi Tak Lupa Asal Usul, Siap Tunjuk Passport

Sultan Johor Puji Pelakon Marvel Shang-Chi Tak Lupa Asal Usul, Siap Tunjuk Passport

Sultan Johor Puji Pelakon Marvel Shang-Chi Tak Lupa Asal Usul, Siap Tunjuk Passport

Sultan Johor Puji Pelakon Marvel Shang-Chi Tak Lupa Asal Usul, Siap Tunjuk Passport

Bagus dia tak lupa asal usul. Bangga jadi rakyat Malaysia!

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.