Connect with us

#pop

“Susu 70Sen, Kicap 90Sen” Neelofa Kongsi Reaksi Di Twitter Bila Ebit Lew Jual Harga Tak Masuk Akal

Rata-rata seluruh warga Malaysia mengenali akan Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas yang banyak memberi ceramah di institusi-institusi seluruh negeri. Baru-baru ini, impian Ustaz untuk membuka pasar raya untuk beberapa kawasan terpilih sedang dilaksanakan. Pasar raya ini dibina bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

Menerusi laman akaun sosial Instagram, Ustaz Ebit Lew memaklumkan, pasar raya yang diberi nama Elewsmart itu akan mula beroperasi di Bandar Baru Bangi pada 18 Julai 2020, manakala cawangan Kajang pula pada 19 Julai 2020.

Caption gambar dikongsikan Ustaz Ebit berbunyi: “Pohon doakan yer @elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.

“Bandar Baru Bangi dibuka Sabtu depan 18 Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. 8 Cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut-ebitlew,” tulisnya.

Ustaz Ebit menambah, pasar raya Elewsmart mengenakan caj harga yang ‘tidak masuk akal’ sempena dengan pelancaran tersebut. Harga bagi satu paket mee segera berharga 90 sen manakala harga satu tin susu berharga 70 sen.

Idea harga ‘tidak masuk akal’ tersebut ternyata membuatkan netizen terkejut termasuklah Neelofa, bekas pengacara rancangan variasi Meletop yang turut berkongsi reaksi di laman akaun sosial Twitternya:

“Masyaallah, murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan,’ tulisnya.

Mengikut ruangan komen, kebanyakan pengguna alam maya yang mengetahui perkara tersebut mendoakan usaha ikhlas Ustaz Ebit dan mencadangkan supaya diberi keutamaan pada golongan yang sangat memerlukan.

Menurut lap0ran, Ustaz Ebit Lew akan menambah lapan buah lagi cawangan pasar raya miliknya dalam lingkungan masa yang terdekat.

“Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

“Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua.

“Pohon doakan yer ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sg Buloh,Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kaseh semua,” jelasnya lagi.

Ustaz Ebit juga ada membuka 100 peluang pekerjaan di dalam pelbagai posisi kerja di Elews Mart dan mereka yang berminat boleh terus menghantar resume yang tertera.

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan Ustaz Ebit dan limpahkanlah rezeki Kau yang tiada batasan-Nya. Kami rakyat Malaysia akan terus sokong dan bersama dengan Ustaz Ebit Lew.

Sumber: MH via terengganutv

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya