Connect with us

#news

Susulan Kes L4nggar Perintah, Jumaat Ini Individu Tiba Dari Luar Negara Automatik Dibawa Ke Tempat Kua4rantin Wajib

Pada jumaat akan datang, penduduk negara Malaysia dan warga asing yang terbang memasuki negara ini akan dibawa ke tempat kua4rantin wajib Covid-19, sama seperti yang terlaksana sebelum ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan susulan keputusan ini, rakyat Malaysia yang terbang pulang ke negara secara automatik akan dikua4rantin secara wajib tanpa melakukan swab test.

Tetapi swab test adalah wajib dilaksanakan bagi warga asing sebelum datang ke Malaysia.

Tiada Lagi Amaran Atau Nasihat, PDRM Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Yang Langg4r PKPP – Ismail Sabri

Susulan Kes Langgar Perintah, Jumaat Ini Individu Tiba Dari Luar Negara Automatik Dibawa Ke Tempat Kuarantin Wajib

Dalam sidang media yang diadakan pada hari ini, tiada lagi nasihat ataupun amaran diberikan kepada individu yang melanggar SOP Perint4h Kaw4lan Perger4kan Pemulihan (PKPP) dan tindakan akan terus dikenakan kepada yang ingkar arahan.

Hal ini dibahaskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media berkenaan perkembangan PKPP pada hari ini.

Kata beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan beri amaran dan nasihat, malah akan diambil tindakan keras kepada individu yang mengingkari arahan PKPP. Tambahan, tindakan keras juga akan dikenakan oleh PDRM terhadap individu yang melanggar SOP.

Seramai 39 kes tangkapan dilakukan daripada kelab malam walaupun premis itu masih tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengenakan tindakan keras kepada semua kelab malam yang beroperasi sepanjang PKPP dan hukumannya termasuk menggantungkan lesen perniagaan premis.

Tindakan diambil apabila semalam kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang dipercayai mengingkari tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian secara kendiri di rumah.

Individu terbabit dikatakan sedang galak makan di sebuah kafe berlokasi di Bandar Meru Jaya, Perak. Lebih gila lagi, masih jelas terlihat pemakaian gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya.

Sumber : Sidang Media Ismail Sabri, Siakap Keli

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya