Connect with us

#news

Susulan Peningkatan Kes Covid-19, Kerajaan Putus Ketatkan Semula SOP – Ismail Sabri

Standard Operation Procedure (SOP) Covid-19 akan diperket4tkan semula selepas kerajaan buat keputusan akhir.

Sebelum ini, SOP dilonggarkan atas sebab kes yang semakin berkurang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penyandang jawatan Menteri Kanan (Klvster Keselamatan) menyatakan ianya ekoran kes Covid-19 di Malaysia meningkat semula.

Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 21 kes baru dimana 16 kes penularan tempatan dan tiga klvster baru juga disahkan.

Laporan eksplisit berkenaan isu SOP akan diketatkan akan menyusul.

Penjarakan 2 meter persegi dalam bangunan perniagaan

Dua meter persegi adalah kriteria yang diperlukan sebagai ruang bergerak oleh setiap individu yang berada dalam premis perniagaan demi menjaga penj4rakan sosial satu meter.

Jafri Merican Din Merican, penyandang jawatan Naib Presiden Persatuan Perunding Arkitek Malaysia (PAM) mengulaskan bahawa ruang bergerak dalam sebuah premis tidak termasuk ruang perniagaan yang diambil untuk barang jualan, pejabat, kaunter bayaran dan ruang lain.

Contohnya, beliau kata bagi premis perniagaan sebesar 2,000 meter persegi, ruang guna perniagaan barangan adalah 50 peratus iaitu 1,000 meter persegi.

“Berdasarkan perkiraan untuk ruang perniagaan berkenaan, ia mempunyai baki ruang 1,000 meter persegi untuk ruang pergerakan dalaman.

“Dengan keperluan dua meter persegi untuk setiap pelanggan, ruang pergerakan dalaman 1,000 meter persegi membolehkan seramai 500 orang pelanggan masuk pada satu masa,” ulasnya kepada BH mengenai saiz yang sesuai untuk individu menjaga jarak satu meter diambil kira sewaktu berada dalam premis perniagaan atau pusat beli-belah.

Baru sahaja kerajaan melonggarkan SOP kepada pemilik premis dan pusat beli-belah untuk menentukan sama ada had jumlah pelanggan susulan kerisauan orang ramai berkaitan peningkatan kes Covid-19.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa pusat beli-belah dibenarkan untuk mewujudkan peraturan jumlah tetap pengunjung yang boleh masuk bagi mengamalkan dengan efektif penj4rakan s0sial seperti diarahkan oleh kerajaan.

Jafri Merican pula berkata bahawa hal utama penj4rakan s0sial adalah mewajibkan ruang bergerak dalam sebuah premis dapat disusun secara kemas dan teratur supaya pertembungan laluan dua hala dapat dielak dan ia perlukan usaha untuk menyusun semula barangan di premis.

“Ruang pergerakan dalaman juga perlu lebar supaya tidak berlaku pertembungan atau bergesel antara pelanggan.

“Dengan adanya had ruang, barang jualan yang dapat dimuatkan mungkin berkurangan berbanding sebelum penjar4kan sosial diperkenalkan,” katanya.

Menurut kajian saintis dan pakar kesihatan dunia, jarak yang perlu dijaga dalam penj4rakan s0sial sebaik-baiknya dua meter.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memutuskan penj4rakan s0sial satu meter tapi penggunaan pelitup muka dan had masa interaksi adalah syarat-syarat yang wajib dipatuhi.

Yang mengamalkan jar4k sosial sepanjang 1.5 meter adalah Sepanyol dan Jerman. 1.8 meter adalah yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat manakala 1.4 meter di Korea Selatan.

Prof Madya Dr Hayati Kadir, Pakar kesihatan awam (epidemiology and biostatistics) di Universiti Putra Malaysia (UPM) menegaskan kehadiran orang di sebuah premis harus dihadkan semula atas sebab ramai yang mula bersesak tanpa jarak sosial.

Tambahnya lagi, semasa kemasukan orang dihadkan mengikut saiz premis, ia berjaya merendahkan j4ngkitan tempatan sewaktu pelaksanaan Perint4h Kaw4lan Perger4kan Bersy4rat (PKPB).

“Pemakaian pelitup muka di tempat awam, terutama kawasan sesak atau tertutup perlu diteruskan seperti dalam kenderaan awam,” katanya.

Beliau ujar, pihak berkuasa harus terus memantau dan penguatkuasaan wajib diteruskan agar masyarakat saling tegur menegur individu yang langg4r SOP.

“Pemerkasaan komuniti boleh terus dilaksanakan, gunakan ketua kampung dan ketua kawasan di lokasi masing-masing untuk memantau penduduk,” katanya.

Sumber: bharian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending