‘Ya Allah Cantik Sangat, Besar Camni Puas Hati Tengok ’ – ‘First Time’ Syahmi Sazli Tunjuk Banglo Dia Yang Hampir Siap.

Baru- baru ini, remaja berusia 19 tahun, Asif Suhaimi membuat kejutan dengan menewaskan calon ‘senior’ apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Asif mencuit hati dengan sikap rendah diri dan gelagat bersahaja dalam Drama Spontan di YouTube dan kemudian disusuli dengan filem bajet rendah, Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta.

Namun, disebalik watak Asif yang berjaya menghiburkan, pasti ramai tidak lupa dengan insan yang bertanggungjawab atas kejayaan Asif iaitu Syahmi Sazli.

Syahmi Sazli merupakan seorang YouTuber yang sangat dikagumi dan dikenali ramai sebaris dengan youtuber lain seperti Alieff Irfan, Mr Kokom, Zukie dan ramai lagi.

Mula berkecimpung dalam bidang pembikinan dan penghasilan video pendek pada tahun 2016, Syahmi telah menjadikan platform penghasilan kandungan video berkenaan sebagai punca pendapatan utamanya.

Yang menariknya, sikap merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk Syahmi Sazli telah mencuri perhatian wargamya walaupun meraih pendapatan yang sangat lumayan serta memiliki beberapa buah kereta mewah.

Sangat jarang untuk melihat Syahmi berkongsi atau menonjolkan gaya hidup mewah seperti yang sering ditunjukkan oleh personaliti media sosial lain.

Terkini, peminat meluahkan rasa teruja dan gembira apabila rumah banglo Syahmi yang tampak mewah dengan reka bentuk ringkas tetapi cantik bakal siap tak lama lagi.

Walaupun Syahmi tidak terlalu berkongsi rakaman rumah banglo baharunya itu, namun rakaman berkenaan menunjukkan rumah banglonya yang hampir siap itu telah ‘kantoi’.

Perkongsian pengguna TikTok atas nama Khazilaresources yang difahamkan berkongsi beberapa rakaman rumah YouTuber terkenal itu dengan menulis kapsyen, “Alhamdulillah last checking rumah YouTuber tersohor Kelantan pagi ni,” telah meraih ribuan ‘likes’.

Melalui rakaman tersebut, dapat dilihat reka bentuk menarik rumah itu yang membuatkan Syahmi Sazli semakin mendapat pujian wargamya dengan sikap merendah dirinya di aplikasi TikTok.

” Wah dah nak siap rumah Syahmi Sazli, besar betul rumah…”, tulis Hanif Zulkifli.

” Ya Allah cantik amat rumahnya.. tahniah atas rezeki.. yg penting tak lupa diri, tetap di kampung kelahiran” tulis Izhar Pausi.

” Tahniah set kito, Rezeki mereka..memang lawa…puas ati sangat besar macam ni..selesa.. hasil kerja keras Syahmi dan banyak bantu naikkan nama Asif..” tulis Ekudz Bin Sheikh.

Fakta menarik Syahmi Sazli

1) Nama penuhnya, Muhammad Syahmi bin Sazli. Dikenali sebagai Syahmi Sazli.

2) Lahir pada 23 Mac 1995, Syahmi kini baru berusia 26 tahun.

3) Berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan.

4) Mendapat pendidikan di Sultan Ismail College (Maktab Sultan Ismail), Kota Bharu. Sekolah ini merupakan antara sekolah paling elit di negeri Kelantan.

5) Berkelulusan diploma dalam jurusan Electrical Engineering daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, sebelum menyambung pengajian ijazah di UiTM Shah Alam, Selangor.

6) Mendirikan rumah tangga dengan Anissa Faizul dan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019.

7) Bergiat sebagai Youtuber kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet.

Permulaan Seorang Youtuber

Syahmi Sazli, beliau mula berkecimpung dalam bidang pembikinan video pendek pada tahun 2016.

Sejak itu, beliau sentiasa mencari jalan dan menimba ilmu dalam meningkatkan kualiti video yang dihasilkan.

Syahmi juga terpaksa meyakinkan ibubapanya bahawa inilah bidang yang digemarinya walaupun ketika itu masih menuntut dalam bidang kejuruteraan di sebuah pusat pengajian tinggi.

Selepas semakin berjaya dan memperolehi pendapatan yang stabil, Syahmi telah berkahwin dengan gadis cantik bernama Anissa Faizul yang juga berasal dari Kelantan.

Hasil perkahwinan di usia muda, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan pada awal tahun ini.

Video pendek hasil karya Syahmi Sazli selalu saja trending di Youtube Malaysia. Video ringkas antara 5 – 10 minit yang dihasilkannya sangat santai namun penuh dengan mesej tersurat dan tersirat.

Walaupun hampir semua video terbitannya adalah dalam loghat kelantan, namun ia menyertakan sekali subtitle bagi setiap video tersebut.

Ini memudahkan penonton yang kurang faham akan loghat ‘kelate’ untuk sama-sama menikmati mesej yang ingin disampaikan.

Kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet akhirnya membawa selebriti YouTube, Syahmi Sazli meraih pendapatan lumayan menerusi laman streaming video popular itu.

Penampilannya bersama remaja istimewa, Asif dan Yoe Parey menerusi drama pendek di saluran berkenaan berjaya mencetuskan fenomena dalam tempoh masa yang singkat.

Apa video sekalipun yang dikongsi Syahmi kepada para pengikutnya pasti akan menjadi trending dan mencatatkan jutaan tontonan.

Sumber:iluminasi, azhan.co dan trendingsangat

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.