Connect with us

#news

Syarat Warga Aslng Berniaga Di KL, Diperktatkan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengeluarkan garis panduan baharu bagi mengawal kebanjiran peniaga dan syarikat perniagaan milik warga asing beroperasi di ibu pejabat.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria berkata, pihaknya menggalakkan penyertaan syarikat dan warga asing sah sebagai sebahagian daripada komuniti perniagaan, selari dengan dasar kerajaan.

Garis panduan itu menurutnya, telah diselaraskan dengan keperluan agensi penggalakan pelaburan atau pihak berkuasa kawal selia lain.

“Ini merangkumi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), InvestKL dan sebagainya.

“Secara dasarnya, DBKL tiada halangan membenarkan aktiviti perniagaan dan perdagangan oleh syarikat atau peniaga warga asing yang mendapat perakuan dan

kebenaran daripada agensi penggalakan pelaburan atau pihak berkuasa kawal selia seperti MITI, KPDNKK, MIDA dan InvestKL,” katanya.

Selain itu, DBKL juga akan menyemak semua permohonan lesen perniagaan dan menentukan jenis perniagaan yang dibenarkan kepada syarikat atau peniaga warga asing di bandaraya ini.

Tambahnya, DBKL juga sedia mempertimbangkan permohonan lesen oleh peniaga warga asing dengan beberapa syarat ketat,

antaranya syarikat tersebut perlu berdaftar dengan modal lebih RM1 juta dan tidak beroperasi di lokasi yang menjadi tumpuan warga asing.

“Lokasi perniagaan tidak dibenar beroperasi ialah Jalan Silang / Jalan Tun Tan Siew Sin dan sekitarnya, Jalan Bukit Bintang dan sekitarnya, Leboh Ampang / Leboh Pasar dan sekitarnya, Jalan Chow Kit / Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitarnya,

Jalan Masjid India dan sekitarnya,Jalan Kenanga dan sekitarnya, Pusat Bandar Utara, Selayang atau kawasan lain yang dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, DBKL turut menyenaraikan 23 jenis aktiviti perniagaan yang dilarang dikendalikan oleh syarikat dan warga asing.

Aktiviti berkenaan meliputi peniaga kecil,pasar mini kurang 3,000 meter persegi, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak, pasar basah kekal, kiosk, pakaian dan beg kecuali jenama antarabangsa atau eksklusif.

Turut dilarang ialah perniagaan restoran mamak, kedai barang kemas, perniagaan produk herba, perusahaan bengkel kereta atau motosikal, kaca dan aluminium kecuali jenama antarabangsa atau eksklusif) dan perniagaan runcit komputer dan aksesori.

Senarai turut merangkumi perniagaan perabot kayu jati dan perabot am, kedai gunting rambut, kedai ubat tradisional Cina, pusat siber, kiosk makanan, perniagaan kad prabayar dan aksesori telefon, perniagaan dobi, industri spa dan salun.

Senarai itu terkandung dalam garis panduan khusus dalam mempertimbangkan permohonan lesen premis perniagaan oleh peniaga atau syarikat asing.

Terdahulu, isu pemilikan dan monopoli perniagaan milik warga asing di ibu negara menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.

Melalui tinjauan yang dibuat, kebanyakan dari kalangan netizen melahirkan keresahan mereka ekoran dari kebanjiran warga asing tersebut yang menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap penduduk sekitar.

Antara yang dipersoalkan ialah berlakunya kegiatan kongsi gelap di kalangan peniaga dan pemilik perniagaan di kalangan warga asing, isu kebersihan yang didakwa menjadi punca kepada penyebaran wabak penyakit,

hubungan antara peniaga, pemilik peniagaan warga asing dengan warga sekitar, dan pelbagai lagi isu yang dibangkitkan oleh netizen.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya