Connect with us

#celeb

Syatilla Melvin Rasa Tak Salah Suami Nk Kongsi Fotonya Pegang Payudara, Sekali Wak Doyok Masuk Komen Win Padu Telah Menarik Perhatian Ramai

Terkini perkongsian Shaheizy Sam yang memuat naik foto bersama isterinya, mengundang kecaman apabila ramai yang kurang senang dengan aksi Syatilla Melvin seolah-olah sedang memegang payudara.

Merasakan bukan satu kesalahan untuk suaminya berkongsi gambar tersebut, Syatilla berkata terpulang kepada setiap individu untuk menghakimi foto berkenaan.

“Mulut netizen memang saya tidak boleh tutup. Apa yang suami atau diri saya sendiri kongsi di media sosial, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

“Saya tidak rasa foto (pegang payudara) itu salah. Netizen ingin kritik, silakan. Saya rasa perkongsian foto itu satu perkara yang biasa. Mereka ingin hentam, saya buat tidak tahu sahaja,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Syatilla meluahkan rasa syukur dia baru selesai menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital swasta pada Rabu lalu selepas 2 tahun menderita tonsil bengkak.

“Sudah dua tahun saya menderita tonsil bengkak. Asyik demam sahaja dan saya nekad buat pembedahan apabila muncul bau-bau yang kurang menyenangkan datang dari mulut dan bahagian tekak. Alhamdulillah, saya lega dan bengkak pun sudah tiada sangat. Tidak boleh bercakap banyak sangat dan doktor menyarankan saya untuk berehat,” katanya lagi.

Begitulah kata-kata dari Syatilla mengenai gambar yang menarik perhatian ramai itu. Namun apa yang lebih menarik perhatian orang ramai apabila Wak Doyok turut komen tentang gambar itu. Mungkin niat bergurau atau menegur, Wak Doyok beri komen sebegini, “Kalau pegang tak ada masalah tapi pegang lah di rumah bersama suami. Dan jangan posting. Kita faham dari nasi lemak rm1 sekarang dah ada telor mata kerbau dah sambal satong. 🤣🤣🤣”.

Syatilla Melvin Rasa Tak Salah Suami Nk Kongsi Fotonya Pegang Payudara, Sekali Wak Doyok Masuk Komen Win Padu Telah Menarik Perhatian Ramai

Apa maksud sebenar komen Wak Doyok itu, ramai yang faham. Mungkin niatnya hanyalah untuk bergurau. Ramai yang menyokong komen Wak dan balas balik komen tersebut.

Syatilla Melvin Rasa Tak Salah Suami Nk Kongsi Fotonya Pegang Payudara, Sekali Wak Doyok Masuk Komen Win Padu Telah Menarik Perhatian Ramai

Sumber:Kosmo & RotiKaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

Continue Reading

Trending