Connect with us

#vvip

“Syurga terletak di bawah kaki ibu tetapi kunci syurga terletak di tangan seorang ayah.”

Sering dilihat seorang isteri marah² kepada suami kerana sang suami tak mampu memenuhi keinginan sang isteri.

Sering juga dilihat seorang anak bercakap kasar pada ayahnya kerana sang ayah tidak mampu membelikan apa yg sang anak mahu.

Tidak seorang pun ketua keluarga yg tidak ingin melihat keluarganya bahagia.
Sebelum engkau marah kepadanya, lihatlah dan renungkanlah apa yg telah dilakukan oleh seorang suami.
Betapa suamimu sudah bekerja keras membanting tulang demi memenuhi keperluan keluarganya.

Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering dicaci maki bossnya?
Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering mendapat hinaan di luar sana?

Tahukah kamu mungkin suamimu bahkan baru saja mempertaruhkan nyawanya demi dirimu dan anak² mu.

Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering menahan lapar supaya boleh pulang membawa wang?

Sebelum engkau bermasam muka padanya,
Hitunglah dulu telah berapa juta titis keringat engkau peras dari tubuhnya.
Sebelum engkau marah padanya,
Tataplah lekat² matanya, mungkin tanpa kamu sedari mata itu telah banyak mengeluarkan air mata demi melihat dirimu tersenyum

Ketahuilah
Bila sampai hari ini dia belum mampu memenuhi segala keinginanmu, itu hanya kerana faktor keadaan.

Sebagaimana seorang isteri melakukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Begitu juga dengan suami, dia juga ingin berusaha dan lakukan yang terbaik untuk keluarga. Pengorbanan ayah jarang-jarang didendang, namun jasa ayah tetap besar.

Tapi itulah, hendak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami itu selalunya jarang didendang atau diceritakan…

Untuk para ayah di mana pun berada.

Semoga lelah mu menjadi berkah, Amiin ya Allah..

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya