Connect with us

#news

T4nam Durian Atas Tanah H4ram,SPRM Si4sat Pencer0bohan Tanah Di Raub.

Bagi menyelesaikan masalah ladang durian haram di Raub, kerajaan Pahang telah mewujudkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV).

SPV akan menghalalkan ladang-ladang tersebut dengan berpakat dan berkongsi keuntungan dengan pemilik-pemilik ladang yang telah lama menanam durian jenis di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran.

Namun, pemilik-pemilik ladang mendakwa syarat dan levi yang dikenakan syarikat SPV pada mereka adalah berat sebelah dan terlalu tinggi.

Mereka mendakwa levi tahunan RM6,000 setiap ekar terlalu tinggi berbanding levi RM50 setiap ekar untuk ladang durian di atas tanah milik sendiri.

Mereka juga mengadu bahawa harga pembelian durian yang ditawarkan syarikat SPV kepada pemilik ladang sebanyak RM30 setiap kilogram untuk tahun 2021 dan 2022 adalah rendah berbanding harga pasaran sekarang yang didakwa RM45 setiap kg untuk durian Musang King gred A.

Peladang-peladang juga mendakwa setiap ekar boleh mengeluarkan 2,000 kg durian setahun yang bernilai RM90,000 dan ini bermakna mereka akan rugi sebanyak RM36,000 bagi setiap ekar (dalam bentuk levi dan harga pembelian lebih rendah berbanding harga pasaran) kepada syarikat SPV negeri Pahang.

Mereka kata ini tak adil kerana mereka hanya akan mendapat hasil penjualan RM54,000 setiap ekar dalam skim SPV ini berbanding RM90,000 setiap ekar jika diteruskan sebagai ladang haram di atas tanah kerajaan.

Mereka juga tak puas hati kerana permohonan untuk mendapat hak milik tanah ladang tersebut telah ditolak kerajaan Pahang.

Sebagai tanda protes, ada peladang-peladang yang telah menebang pokok-pokok durian yang sudah matang untuk serahkan kembali tanah kepada kerajaan negeri.

Video-video penebangan pokok berserta kata-kata kesat dalam bahasa Cina sedang tular.

Menceroboh dan menanam secara haram di atas tanah milik kerajaan adalah salah.

Harapan mereka bahawa kerajaan negeri akan menyerahkan tanah tersebut kepada mereka hanya kerana mereka telah lama menduduki tanah itu juga adalah salah. Jika kerajaan negeri tunduk kepada permohonan mereka maka lagi ramai orang akan buat yang sama dan tidak sesiapa lagi yang akan menghormati tanah milik kerajaan.

Syarat tidak adil dari syarikat SPV kepada peladang juga salah.

Menebang pokok durian yang sudah matang juga adalah salah dan merugikan semua pihak termasuk diri sendiri.

Menyebar video-video yang mengandungi kata-kata kesat untuk menghasut masyarakat Cina sudah tentu salah.

Sebab itu, semua pihak perlu sabar dan berunding semula untuk mencari titik persetujuan.

Janganlah buat perkara yang merugikan semua pihak termasuk diri sendiri hanya kerana kemarahan seketika.

SPRM Ambil Tindakan

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil langkah awal berkenaan isu pencerobohan tanah milik kerajaan Pahang bertempat di Raub oleh sekumpulan pekebun durian.

Datuk Seri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM mengatakan salah satu tindakan yang dikenakan adalah pertemuan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Pejabat Tanah dan Galian Negeri untuk mengetahui lokasi tepat sebelum pihak SPRM melakukan langkah seterusnya untuk membanteras pekebun durian yang berkebun di Raub secara HARAM.

“Saya juga telah mengarahkan SPRM Pahang untuk melihat sebarang kerjasama yang boleh dibuat dengan pihak penguat kuasa yang terlibat dalam 1su ini,” katanya selepas merasmikan Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di Melaka, hari ini.

Untuk rekod, Kerajaan Pahang mengenakan tindakan keras dalam menguruskan kegiatan pengusaha kebun durian di Raub secara haram di atas tanah kerajaan negeri pada 1 Ogos lalu.

Tindakan itu dilaksanakan ekoran kerajaan negeri menghadapi kerugian sekitar RM30 juta dalam tempoh 10 tahun berpunca dari kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk kawasan hutan simpan.

Kawasan dusun durian haram di Raub bertempat di Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya