Connect with us

#news

(TAHNIAH) Bakal Jadi Bapa, Pereka Fesyen Rizman Nordin Teruja Isteri Hamil 4 Bulan

Published

on

Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang telah berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nurida Suraya telah disahkan hamil empat bulan.

Pasti ramai yang masih tidak dapat melupakan majlis perkahwinan pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan pasangannya. Hampir enam bulan bergelar pasangan suami isteri, Rizman dan bidadarinya  Nurida Suraya, telah mengkhabarkan berita gembira buat semua.

rizman nordin
Bakal sambut anak sulung
Sebentar tadi, Rizman telah mengumumkan bahawa isterinya sudah pun berbadan dua dengan hamil anak sulung mereka yang kini berusia 4 bulan.

Menerusi akaun Instagram, Rizman memuat naik foto ‘baby bump’ isterinya yang semakin terserlah dan pada masa yang sama meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling bermakna serta berharga dan amanat dari Allah SWT yang diberikan kepada mereka.


“Terima kasih permaisuriku”
Menerusi perkongsian tersebut, Rizman nyata bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan olehnya dan isteri. Dia juga sempat memanjatkan doa agar kandungan isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Rizman yang begitu teruja bakal bergelar bapa turut berkongsi video imbasan ultra bunyi kandungan isterinya.

Ucapan terima kasih turut didedikasikan kepada isteri tercinta kerana perkahwinan yang mereka kecapi akan dihiasi dengan zuriat yang bakal dilahirkan dalam hujung tahun ini.


Alhamdulillah tahniah
Sehubungan dengan itu, rata-rata sahabat handai dan juga pengikutnya di Instagram telah menzahirkan ucapan tahniah diatas kehamilan Nurida. Mereka juga turut sama mendoakan agar kandungan isteri pereka fesyen itu sihat dan mudah untuk melahirkan kelak.

Ruangan komen di perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini. Mereka turut sama mendoakan agar kandungan isteri pereka fesyen itu sihat dan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan.

rizman bergelar bapapereka fesyen rizman ruzainipereka fesyen rizman nordin

 

Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 September tahun lalu selepas lebih setahun menyulam cinta.

Continue Reading

Trending

Shares