Connect with us

#pop

Tahniah! Ebit Lew Antara 13 Pemenang Anugerah Sempena Hari Belia Negara 2020

Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew adalah seorang pendakwah bebas di Malaysia yang berbangsa Cina. Beliau disegani oleh orang ramai atas sikapnya yang lembut, suka menolong orang yang tidak bernasib baik.

Baru-baru ini beliau telah membuka secara rasmi kedai runcit miliknya yang dinamakan sebagai Elewsmart.

Kedai runcit Elewsmart itu mendapat sambutan orang ramai dan ia telah beroperasi pada 18 Julai lalu dan cawangan pertama dibuka di Bandar Baru Bangi.

Terkini, Ebit Lew telah terpilih antara 13 pemenang bagi Anugerah Perdana Belia Negara yang akan menerima Anugerah Khas. Ia bersempenakan dengan perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2020 Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada hari ini.

Ebit Lew telah menerima jumlah wang tunai sebanyak RM10,000 dan juga piala sijil penghargaan dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Anugerah tersebut diadakan di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

Menerusi sumber dari Astro Awani, Ebit Lew yang berusia 36 tahun telah terima anugerah tersebut susulan usaha tidak berpenghujungnya yang bergerak ke seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia hanya bertujuan untuk menolong sewaktu wabak pandemik Covid-19.

Terima kasih atas doa & anugerah!

Melalui laman rasmi Facebook Ebit Lew, dia meluahkan perasaan syukurnya terhadap penghargaan diterimanya dan menitipkan doa agar anak muda millenia terus menjadi khalifah dan pembimbing kepada redha Allah SWT.

“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin yang sangat baik hati. Tadi makan sekali. Segan lak saya. Saya ni biasa-biasa je.

“Terima kasih Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Rizal Merican yang memberi sokongan kepada usaha yang saya lakukan. Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat pemimpin negara Malaysia tercinta ini,” tulisnya.

Tonton minit 52:10

Alhamdulillah, semoga usaha Ustaz Ebit Lew mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa In Shaa Allah.

Sumber: OMM

Continue Reading

Trending