Connect with us

#pop

Tahniah Malaysia. “Diiktiraf antara negara terbaik tangani Pandemik C0VID-19” – PM

Perdana Menteri atau ‘Abah’ kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan perjumpaan ahli-ahli Jabatan Perdana Menteri (JPM) buat pertama kalinya setelah mengemudi kerajaan Malaysia sejak 1 Mac 2020.

Perjumpaan yang diadakan di Dataran Perdana, Perdana Putra merupakan perjumpaan kali pertama semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan, yang beroperasi pada 18 Mac 2020 bagi menangani isu wabak pandemik Covid-19.

Berkenaan dengan isu itu, beliau, Tan Sri Muhyiddin meluahkan perasaan bersyukur apabila negara Malaysia yang diuruskan olehnya mendapat pengiktirafan sebagai negara yang berjaya melawan wabak tersebut di jagatraya.

“Kesemua ini adalah usaha yang bersungguh-sungguh, baik di peringkat kerajaan mahupun rakyat jelata. Menguruskan secara bijaksana, tegas, berani dan membuat keputusan segera dan tepat.

“Kerana ia melibatkan soal kesejahteraan rakyat. Kerajaan tidak memandang remeh walaupun kita tidak mempunyai pengalaman bagi menguruskan hal sebegini selama tempoh lebih 60 tahun lalu,” katanya.

Video ucapan ‘Abah” tentang Malaysia diiktiraf boleh tekan terus ke durasi 18:45

 

Tahniah diucapkan buat warga Malaysia yang mematuhi SOP dan arahan diberi. Semoga kita akan lebih berjaga-jaga dan sentiasa mengamalkan hidup yang sihat dan sejahtera! Aaminn!

Rex Ivon Elviavon – Selamat pagi pm.. semoga sihat selalau.. teruskan berkerja untk rakyat jelat.. kami akan kenang jasa baik pm sampai ke anak cucu kami.. I LOVE YOU TSMY❤️❤️❤️

Nurul Fitri Zamah Shari – Assalamualaikum & selamat pagi TSMY dan team. Semoga dipermudahkan segala urusan, disihatkan tubuh badan dan akal fikiran. Terima kasih kerana memimpin kami mengharungi saat² sukar

Adam Ayau – Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dari Sarawak TS…teruskan usaha TS untuk membantu rakyat Malaysia..perangi kebanjiran PATI di negara ini..semoga negara dibawah pentadbiran TS aman dan makmur.

Jihah Hasnah – moga YAB TSMY sentiasa dlm lindungan dn rahmat ALLAH , tk yb krn mnjaga kami dgn baik , prihatin kami , kami bersyukur krn Allah anugerahkan kami seorg pemimpin yg tidak trnilai , syukur pdmu ya allah

As Hasmah Salleh – Suka dengar Abah berucap…penuh berhemah..padat dgn isi..lancar jew…semoga Abah sentiasa didalam lindungan Allah dan sentiasa diberkati oleh-NYA..Aamiin

Jangan lupa Like, dan Share 😆

Sumber: FB ‘Abah’

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya