Connect with us

#pop

Tahniah! Utusan Malaysia Bakal Kembali Ke Pasaran 20hb Julai Ini

Utusan Malaysia yang merupakan pusat pengeluaran akhbar pertama berbahasa Melayu bakal kembali ke pasaran umum pada hari Isnin, 20 Julai ini. Hal ini dinyatakan oleh pihak Media Mulis Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik baru akhbar Utusan Malaysia menerusi laman sosail rasmi Utusan Malaysia.

Oktober 2019 adalah tarikh dimana Utusan Malaysia telah berhenti beroperasi secara serta merta. Hal ini demikian kerana syarikat ini tidak mampu membayar gaji pekerja akibat masalah kewangan.

Walau bagaimanapun, Aurora Mulia, syarikat dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary memperoleh jumlah saham majoritinya dalam anak syarikat Utusan iaitu Dilof Sdn. Bhd. sebelum pusat akhbar itu tutup.

Utusan Malaysia dijangka akan kembali bersama akhbar yang lain seperti Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo!Ahad yang merupakan akhbar kembarnya.

Pemimpin PH ‘bersorak’ Utusan ditutup

Terdahulu terdapat segelintir pemimpin dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang seolah-olah gembira dengan penutupan syarikat akhbar, Utusan Melayu.

Shahril Sufian Hamdan berkata, setiap daripada pemimpin seharusnya ikhlas dan bukannya bersorak gembira dengan penutupan syarikat akhbar yang membawa suara orang Melayu itu.

“Jangan pula kita suka dengan penutupan akhbar ini. Utusan Melayu adalah suara orang Melayu. Jika dibandingkan dengan (sebuah) portal atas talian ini lagi teruk dalam menyiarkan maklumat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi forum bertajuk Kelangsungan “Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Diterbit” di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam.

Mengimbas 80 tahun Utusan Malaysia

Utusan diasaskan oleh ‘rakyat untuk rakyat’. Utusan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Utusan Melayu adalah akhbar bahasa Melayu tertua di negara ini, sekali gus di dunia. Mengimbas sejarahnya yang panjang sejak naskhah pertama Utusan Melayu diterbitkan pada 29 Mei 1939, akhbar ini bukan sahaja menjadi saksi dan perakam tawarikh negara ini, malah ia begitu terikat dengan roda pedati nasib bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Mulanya bermodalkan wang sumbangan orang ramai melalui penjualan saham di kampung-kampung, dan mukadimahnya berpaut pada Ikrar 1939 yang berbunyi, “Dengan sendi yang tiga itulah (alif ba ta – yang mewakili Agama, Bangsa, Tanah Air) akhbar Utusan Melayu itu berdiri dan atas itulah jua akhbar Utusan Melayu hidupnya dan menyabung nyawa”.

Utusan pada awalnya wadah Melayu progresif Utusan Melayu ketika itu bertujuan mengangkat umat Melayu ke dunia ilmu yang progresif melalui pembacaan berita dan rencana. Tokoh awal Utusan Melayu seperti Pak Sako (Ishak Haji Mohamad) dan A Samad Ismail adalah pejuang kemerdekaan tanah air jauh sebelum UMNO ditubuhkan.

Mereka bergiat melalui gerakan politik Melayu progresif seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Gerakan Angkatan Muda (Geram) dan Pusat Tenaga Ra’ayat (PUTERA).

Pada 1947, Utusan Melayu menyiarkan secara meluas kempen menentang Perlembagaan Persekutuan tajaan British yang dipersetujui UMNO dan sebagai gantinya, tokoh-tokoh akhbar itu bersama pemimpin pelbagai kaum yang lain mengemukakan Perlembagaan Rakyat ‘yang disusun oleh rakyat jelata negeri ini’.

Malah, pada 4 Mei 1956, seorang pejuang pendidikan vernakular, Cikgu Lim Lian Geok, dijemput oleh Utusan Melayu sendiri untuk menulis perutusan dalam edisi khas Hari Raya akhbar berkenaan.

Sumber: ahmadalikarim.com dan berita harian

Continue Reading

Trending