Connect with us

#celeb

Tak Berkelip Tengok! Ini 5 Anak Lelaki Artis Yang Semakin Handsome Ketika Meningkat Dewasa

Kebanyakan selebriti di tanahair memiliki paras rupa yang menawan dan elegan, namun lebih menarik apabila keanggunan dan ketampanan itu diwarisi keturunan mereka. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Raut wajah anak-anak selebriti mewarisi ketampanan dan keanggunan ibu bapanya mendapat perhatian dari peminat.

Dibawah adalah senarai anak-anak selebriti yang mewarisi ketampanan bapanya.

1. Andika Rees Pahamin

Tak Berkelip Tengok! Ini 5 Anak Lelaki Artis Yang Semakin Handsome Ketika Meningkat Dewasa
Majoriti rakyat Malaysia kenal dengan pelakon ‘Keluarga Iskandar’ iaitu Azhar Sulaiman. Namun, tahukah anda bahawa Azhar mempunyai anak kembar? Seorang lelaki dan perempuan.

Anak lelaki bernama Andika Rees Pahamin dan anak perempuan bernama Kasih Iris Leona. Anaknya yang semakin dewasa mendapat perhatian orang ramai atas ketampanan dan kecantikan yang dimiliki mereka.

Setiap kali Azhar memuatnaik gambar bersama Rees di akaun sosial Instagram, ramai pengikut akan puji dan bertanyakan sesuatu mengenai Rees.

2. Aaron

Tak Berkelip Tengok! Ini 5 Anak Lelaki Artis Yang Semakin Handsome Ketika Meningkat Dewasa

Raut wajah yang macho dan bentuk tubuh yang menarik, anak lelaki pelakon wanita 90-an Norazah Aziz pernah viral suatu ketika dahulu.

Wajan anaknya telah menjadi buah mulut pengguna alam maya, Aaron yang berumur 24 tahun dikatakan iras-iras penyanyi popular Sepanyol, Enrique Iglesias.

Norazah membina rumah tangganya bersama Daud Leroy 22 tahun yang lalu dan dikurniakan tiga anak. Aaron berumur 24 tahun, Brian berumur 17 tahun dan Justin berumur 14 tahun.

3. Ian Haziq Macquistan

Tak Berkelip Tengok! Ini 5 Anak Lelaki Artis Yang Semakin Handsome Ketika Meningkat Dewasa

Jasmin Hamid merupakan pelakon era 90-an. Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997 ini mempunyai anak lelaki yang lengkap semuanya dari segi rupa, bakat dan potongan badan yang menarik. Ian Haziq Macquistan nama diberi.

Bila dilihat sekali imbas, Ian memiliki badan yang tegap sedikit dan dikatakan seperti model professional. Dahulu, Ian pernah viral dimana wajahnya yang tampan selalu disalah anggap sebagai kekasih ibunya sendiri.

Bagaimanapun, Jasmin tampil menjelaskan salah faham tersebut dan pemuda itu ialah anaknya.

Ian aktif dalam sukan, malah dia juga mengikuti jejak ibunya dengan melakonkan watak dalam cerita bertajuk Patah Sayap Bertongkat Paruh.

Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid Macquistan dan berpisah pada 4 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rohana, 29, Lukhman Hakim, 23 dan Ian Haziq, 17.

4. Mohamed Danish Hakim

Tak Berkelip Tengok! Ini 5 Anak Lelaki Artis Yang Semakin Handsome Ketika Meningkat Dewasa

Anak lelaki pelakon Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim merupakan anak sulung Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi.

Walaupun hanya berusia 17 tahun, Danish telah menerima banyak pencapaian yang menarik. Antaranya, Danish menghafaz 30 Juzuk Al-Quran ketika usianya 14 tahun. Setahun selepas itu, Danish menyambung pengajian bidang hafazan di Turki pada umur 15 tahun.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata Danish ialah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta.

Selain Danish, Norman mempunyai dua anak perempuan bersama Abby Abadi bernama Marissa Dania dan Maria Danisha.

Bersama isterinya sekarang, Memey Suhaiza, Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.

5. Fareez Hazwan Fauzi

Tak Berkelip Tengok! Ini 5 Anak Lelaki Artis Yang Semakin Handsome Ketika Meningkat Dewasa

Darah seni yang mengalir dalam dirinya ternyata menjadikan Fareez memiliki minat yang mendalam dengan bidang nyanyian dan lakonan.

Anak kepada Fauzi Nawawi sebelum ini pernah meluahkan bahawa dia tidak mahu dibayangi Fauzi dan mahu menceburi ke dunia variasi dengan bakatnya tersendiri.

“Saya seboleh-bolehnya memang tidak mahu bergantung kepada ibu-bapa tetapi harus saya akui ia bukan mudah seperti yang saya sangkakan.”

“Saya tidak mahu mengambil kesempatan malah ia lebih banyak membuka mata saya agar berazam untuk berusaha berdiri sendiri,” ujarnya.”

Sumber: GEMPAK via terengganutv

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya