Connect with us

#news

Tak Fikir Ny4wa Orang! 2 Individu ‘Bergelang Kuarantin’ Dilaporkan Menaiki Bas

Sekian hari berlalu, makin bertambah kes positif covid-19 di Malaysia. Masih ramai yang bertindak mengingkar dan melanggar arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan standard operation procedure, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

Apabila sudah terjangkit, baru nak mematuhi segala arahan, itulah lumrah sebagai seorang manusia ibarat sakit menimpa, sesal terlambat.

Untuk individu yang diwajibkan kuarantin, gelang tangan berwarna merah jambu telah disediakan.

Ia untuk menandakan dan memberi peringatan pada orang luar bahawa individu yang memakai gelang itu wajib dikuarantin. Jika ada yang mengingkari, tindakan lanjut harus diambil.

Bila berkata tentang gelang ini, masih ada yang berdegil dan terus hidup dengan sikap mementingkan diri.

Hal ini telah pun terjadi di Sarawak dimana dua individu melanggar arahan kuarantin. Kedua-duanya berstatus pesakit dibawah pengawasan Covid-19.

Perkara ini menjadi tular apabila ia dikongsikan melalui laman Info Roadblock JPJ/POLIS di Facebook.

Kelihatan orang awam bergegas membuat laporan apabila mendapati dua individu itu masih memakai gelang kuarantin.

Mahu naik bas ke Kuching
Menurut sumber, dikatakan dua individu tersebut berhasrat mahu menaiki bas ekspress dari terminal bas Bintulu ke terminal bas Kuching.

Bas itu dijadualkan akan bertolak pada jam 8:30 malam semalam.

Sebaik sahaja laporan dibuat, kelihatan unit pihak polis dan unit jabatan kesihatan tiba ke lokasi dan melaksanakan soal siasat terhadap dua individu tersebut.

Hal ini dilihat menerusi rakaman litar tertutup (CCTV).

Hantar pergi China
Melihatkan perkara sebegini masih kerap berlaku, kebanyakkan komen yang dilemparkan netizen berbentuk kurang senang.

Ini kerana mereka (netizen) marah dengan sikap dan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh dua individu tersebut.

Ada juga segelintir pihak yang komen bersangka baik. Dikatakan mungkin mereka hendak balik ke rumah, dan sambung kuarantin di kediaman masing-masing tapi tiada kenderaan yang boleh menghantar mereka pulang.

Apa-apa pun, kita jangan menuding jari jika kita tidak tahu punca sebenar mereka berkeliaran diluar.

Mungkin mereka hendak balik atau mungkin mereka sengaja. Apa-apa pun, tahniah kepada pihak polis dan unit pasukan jabatan kesihatan atas tindakan pantas menguruskan dua individu tersebut.

Sumber : Roadblock JPJ/POLIS,

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya