TIDAK dinafikan selebriti masa kini dilihat semakin bijak mengambil peluang untuk mempelbagai mata pencarian mereka khususnya dengan menceburi bidang perniagaan.

Namun yang kurang menariknya apabila wujud persepsi negatif terhadap golongan selebriti yang berniaga seperti yang dilalui pelakon Saharul Ridzwan.

Terbaharu perniagaan pisang yang diusahakan aktor berusia 32 tahun itu dipandang remeh oleh segelintir netizen yang mengatakan ia adalah sesuatu yang memalukan.

“Hahaha… dah tak de job sampai jual pisang. Tak malu ke jual dekat gerai macam tu?

“Kalau I artis, I tak jual dekat gerai-gerai macam tu… tak mengapalah good luck tau,” kata netizen tersebut.

Tak malu ke? Kalau saya artis, saya tak jual dekat gerai-gerai macam tu”-Netizen

Saharul memuat naik mesej yang ditinggalkan netizen tersebut di Instagramnya.

Saharul berkongsi mesej yang dihantar seorang netizen terhadapnya di Instagram.

Bagaimanapun Saharul yang mengusahakan perniagaan pisang berangan di Saujana Utama itu tidak melatah dengan sindiran berkenaan.

“Apa masih ada ke pemikiran macam ini? Tak apalah… asal barang jadi rezeki, rezeki yang halal. Kita usaha ke arah itu.

Masih ramai ada pemikiran yang bagus tentang berniaga. Terima kasih komen semangat anda semua!

SAHARUL RIDZWAN

PELAKON

“Rezeki halal nak malu apa? Doa-doakanlah satu hari nanti saya dapat pakai kereta Lamborghini macam tuan,” balas Saharul.

Walaupun dikecam kerana menjual pisang di gerai, namun bapa kepada dua cahaya mata ini tetap berterima kasih kepada peminat yang tidak memandang rendah terhadap usahanya itu.

Tak malu ke? Kalau saya artis, saya tak jual dekat gerai-gerai macam tu”-Netizen

Perniagaan Saharul mencuri perhatian pelanggan.

“Masih ramai ada pemikiran yang bagus tentang berniaga. Terima kasih komen semangat anda semua!” katanya.

Antara selebriti yang turut menyatakan sokongan terhadap perniagaan Saharul adalah Tajul, Achey, Hannah Delisha, Fezrul Khan dan Idzham Ismail.

Sumber: Mstar

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."