Tak Perasan Beli Earphone 5 Meter, Nasib 5 Meter Je, Kalau 5 Kilo Idak Ke Sampai Kampung Sebelah

Membeli belah secara dalam talian menjadi trend masa kini bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat yang tidak suka berses4k-ses4k semasa membeli belah barangan. Justeru, platform jual beli dalam talian merupakan pilihan nombor satu.

Namun, ada keburvkan bila membeli belah secara dalam talian ini. Antara keburvkannya adalah kita sebagai pelanggan tidak tahu keadaan barang yang dibeli sama ada menepati citarasa atau tidak. Begitulah yang terjadi pada seorang pelajar baru-baru ini yang telah memesan sepasang earphone untuk kegunaan belajarnya. Tidak menduga,yang beliau dapat adalah sepasang earphone yang panjangnya 5 meter!

Video pendek yang dikongsikan beliau di platform TikTok mengundang rasa lucu netizen yang rata-rata tidak percaya yang earphone yang dipesan gadis tersebut adalah sepanjang 5meter.

Dalam video tersebut, pelajar tersebut membuktikan panjang earphone tersebut sehingga boleh ditarik hingga ke bahagian rumah yang lain.

Video:

@juiceeee.eeee

aduh kawan 🤣 #CapCut #fyp

♬ Amadiketu – Bzmmlli XVII

Kata beliau, silap dirinya juga kerana tidak membaca deskripsi barangan yang dipesan terlebih dahulu,sehingga mendapat barangan yang tidak menepati kemahuannya sendiri.

Netizen pula tidak kering gusi melihat keanehan earphone tersebut. Macam-macam komentar yang berbaur lucu menghiasi laman komentar beliau.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

Sumber : Tiktok juiceeee.eeee

Check Also

Beza Jarak Usia 18 Tahun, Wanita Akhirnya Berjodoh Dengan Suami Walau Banyak Kali ‘Rejectt’

Betul lah kata orang, jodoh tidak mengenal usia seseorang Walaupun kita lihat ramai yang bertemu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.