Connect with us

#celeb

“Tak sedap pula nak bagi duit…” – Achey

Achey dan Fad Bocey, pelawak terkenal mengatakan bahawa mereka selalu memberi sokongan dan bantuan sepatutnya kepada balu Arw4h Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali.

Selain memberi bantuan dalam bentuk kewangan, Achey juga berkata dia bantu dalam promosikan perniagaan cempedak goreng yang diusahakan Nor Hidayah, bertempat di Sabak Bernam, Selangor.

“Saya masuk live Instagram dia untuk bantu perniagaannya, memang d4hsyat juga perniagaan dia. Tak sedaplah tiap bulan bagi amaun (duit), dia pun buat bisnes kita bantu promosi dari jarak jauh.

“Nak pergi ulang-alik ke Sabak Bernam tu jauh juga… dia masih kuat berdepan ujian ini semua, ” katanya.

Balu Abam Bocey Ditvduh Tak Sedih Dengan Kem4tian Suami

Sudah mencecah hampir enam bulan semenjak pemergian suami tersayang, Nor Hidayah berasa terkil4n bilamana terdapat segelintir pihak telah mend4kwa dia seperti tidak rasa sedih atas pemergian suaminya.

Tetapi, Nor Hidayah tidak pedulikan kata-kata berbentuk negatif itu kerana tiada siapa tahu mengenai emosi dan perasaan sebenar yang dihadapnya.

Tambahan, dia masih mengamalkan pesanan dari arw4h suaminya supaya tidak menghiraukan kata-kata dilemparkan oleh orang.

“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kem4tian suami. Tak mengapalah, cakaplah apapun, Allah maha mengetahui segalanya.

“Ingat lagi pesan arw4h suami ‘sayang, biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita, jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita,” luahnya.

Sementara itu, Nor Hidayah mengatakan bahawa mungkin orang yang melemparkan kata-kata sedemikian tidak melihat kesedihan sebenar sebab ianya tidak perlu diketahui umum.

“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. bersedih (selain takut kerana Allah), tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih,” katanya.

Untuk makluman, Syed Umar Mokhtae Syed Mohd Ridzuan atau nama pentas Aban, 32, telah meningg4l dunia pada tanggal 10 Februari 2020, di rumahnya akib4t demam panas.

Nor Hidayah dan Abam membina mahligai tiga tahun lalu dan sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan seorang zuriat lelaki diberi nama Syed Uthman Hamzah, berusia 11 bulan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya