Ambik Siti Kassim jadi peguam kau dik…lawan tetap lawan ☺

Pelajar perempuan Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini mendakwa gurauan tidak wajar seorang guru mengenai rogol hari ini memaklumkan dirinya menerima surat tuntutan RM1 juta kerana didakwa telah memfitnah.

Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, tuntutan tersebut difailkan oleh guru terbabit atas dakwaan fitnah gurauan berkenaan.

“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

Ain Husniza turut memaklumkan perkara itu menerusi Twitter tanpa menjelaskan dengan lanjut surat tuntutan itu berhubung isu apa atau siapa yang memfailkannya.

“Hai harini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah’.

“Dalam surat ini Ain diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi. Semua doakan urusan ain dipermudahkan,” katanya.

Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Ain Husniza menjadi tumpuan di media sosial Mei lalu selepas memuat naik video di TikTok memetik guru pendidikan jasmaninya itu berkata: “Jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”

Beliau turut mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar lelaki sekolahnya.

Sementara itu bapa Ain, Saiful Nizam Ab Wahab memaklumkan pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung dan telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak memberi sebarang komen.

“Sekarang ini kami sudah berbincang dengan peguam apa tindakan seterusnya yang perlu dibuat dan masih dalam perbincangan mengenai perkara itu,” ujarnya.

“Atas nasihat peguam, kami tidak akan memberikan sebarang komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Jelasnya, emosi Ain tidak stabil lebih-lebih lagi dia akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini apabila menerima surat tuntutan tersebut.

“Saya minta maaf, emosi Ain sangat tak stabil yang buat Ain tak ‘post’ aktif dalam sosmed, tengah dalam kelas ‘online’ dapat surat macam ni,” katanya.

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.