Connect with us

#pop

Takkan ikat jamin RM1,000 jer? Dah terang2 ingkar arahan polis. Emm, mungkin sebab ini makin biad4p puak sepet DAP ni kat negara kita..

PETALING JAYA – Seorang bekas pemimpin mahasiswa hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menghalang polis menjalankan tugas semasa siasatan kes melibatkan persatuan itu.

Tertuduh, bekas Presiden Persatuan Belia Muda Universiti Malaya (UMANY), Wong Yan Ke, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Mengikut pertuduhan, Yan Ke pada 7 November lalu di kediamannya di sini didakwa dengan sengaja mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam iaitu Asisten Superintenden Lee Robert supaya berhenti membuat rakaman di video Live Facebook semasa pegawai polis tersebut membuat serbuan.

Dia dituduh mengikut Sekysen 188, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu bulan atau denda RM400 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Atifah Hazimah Wahab menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Rajsurian Pillai yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan tertuduh memberi kerjasama kepada pihak polis dan bekerja dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan pendapatan RM600 sebulan.

Majistret Nurshahirah membenarkan Yan Ke diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari 2021 untuk sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

Pertikai kuasa YDPA, Persatuan UMANY Mohon Ampun Daripada Agong, Gesa Polis Henti Siasatan

Persatuan Belia Baharu University Malaya (UMANY) menzahirkan permohonan ampun dan maaf daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana mempertikaikan kuasa baginda.

UMANY dalam kenyataannya berkata, mereka mematuhi sistem raja berpelembagaan di Malaysia serta menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan negara.

Katanya, UMANY juga menarik balik kenyataan bertajuk “YDPA Should Not Interfere in National Affairs” yang dipaparkan di halaman Facebook bahasa Cina dan bahasa Inggeris UMANY pada 30 Oktober 2020.

Tindakan itu, katanya, dibuat selepas merujuk kepada pakar-pakar Perlembagaan.

Takkan ikat jamin RM1,000 jer? Dah terang2 ingkar arahan polis. Emm, mungkin sebab ini makin biadap puak sepet DAP ni kat negara kita..

“Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak UMANY ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap Perlembagaan,” kata UMANY.

Menurut UMANY, kenyataan 30 Oktober lalu adalah untuk perbincangan akademik dan tidak berniat menghasut sambil mendakwa Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia juga merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat.

Dalam kenyataan itu, UMANY juga menuntut pihak polis menghentikan segala siasatan yang dijalankan di bawah akta-akta tersebut terhadap ahli-ahli UMANY.

Persatuan itu juga menggesa kerajaan agar memansuhkan undang-undang zalim yang didkwa menyekat kebebasan bersuara.

“Pihak UMANY juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan solidariti kepada pihak kami semasa dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan.

“Pihak UMANY akan meneruskan usaha pihak kami dalam memupuk dan mempertahankan kebebasan demokrasi di Malaysia bersama dengan masyarakat sivik demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Presiden UMANY, Yap Wei Qin sebelum ini mendakwa pihak polis telah menyalahguna kuasa apabila melakukan siasatan terhadap enam ahli jawatan kuasa persatuan tersebut dan menganggap keterangan yang diberi oleh beliau dan naib presidennya 5 November telah memadai.

Selain itu, bekas presiden UMANY juga ditahan polis kerana mengganggu siasatan apabila bertindak membuat rakaman video kehadiran polis ke kediaman mereka.

Terdapat 70 laporan polis dibuat terhadap hantaran UMANY di laman Facebook yang disifatkan sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

Continue Reading

Trending