“Allah Pilih Nadir Wakil Kita Di Gaza” – Firdaus Wong, Lelaki Yang Lepaskan Gaji 5 Angka Demi Dakwah

Seperti yang ramai tahu, sebelum ini pendakwah bebas Firdaus Wong yang berpegang pada prinsip kebenaran, lantang memaklumkan kepada orang ramai bahawa beliau memberi sokongan penuh terhadap penyanyi rap Caprice.

Kali ini, Firdaus menunjukkan sokongannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri dan ingin menghadiahkan wang saguhati buatnya.

Menurut pemilik nama Firdaus Wong Wai Hung tersebut, dia ingin menghulurkan wang saguhati itu selepas mendengar penjelasan penuh terperinci oleh saudara Nadir sewaktu program Townhall CGM tersebut.

Niat Beri Saguhati Pada Nadir

“Selesai program, saya minta Muhammad Nadir bagi nombor akaun peribadi untuk kami berikan sedikit saguhati. Dalam hati saya, Allah pilih dia (Muhammad Nadir) wakil kita di Gaza,” katanya.

Nadir minta sumbang lalui CGM

Bagaimanapun, Firdaus bercerita bahawa Muhammad Nadir telah menolak wang saguhati itu tetapi meminta untuk menyumbang kepada CGM.

Justeru itu, beliau mendoakan semoga Allah merahmati serta memelihara saudara Nadir dan berpendapat Allah telah memilih Nadir sebagai wakil Malaysia di Gaza.

Terdahulu, Nadir dalam sesi townhall menegaskan hanya mengambil 3 peratus daripada dana RM20 juta untuk membayar tenaga kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi sesi live Townhall yang diadakan 12 tengah hari tadi, Nadir menafikan menerima sumbangan RM20 juta setiap tahun.

Penjelasan itu sekali gus telah menjawab persoalan Pendakwah Popular, Ebit Lew yang mempersoal tentang dana yang disalurkan kepada CGM.

Firdaus Wong Lepaskan Gaji 5 Angka Demi Dakwah

Berkat usaha gigihnya yang tidak pernah jemu dalam menyebarkan syiar Islam, Firdaus telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan dakwah Islam, Muslim Revert Malaysia (MRM) yang giat menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri.

Selain menjadi saluran informasi agama Islam dan memantau perkembangan mualaf, antara program dakwah yang dilakukan MRM adalah dengan menganjurkan dakwah jalanan (Street Dakwah).

Firdaus berkata, bagi menumpukan sepenuh masa terhadap dakwah beliau melepaskan jawatan di dalam sebuah syarikat yang memperoleh pendapatan mencecah lima angka sebulan.

qSumber: Twitter Firdaus Wong OMM

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.