Connect with us

#celeb

Tengah syok Chantiq posing ala model, sekali ada makhluk aneh join skali

Hati ibu mana tak berbunga tengok anak perempuan yang masih kecil kini sudah pandai melaram. Tak kurang juga dengan anak pasangan selebriti terkenal tanah air kita Johan dan Ozlynn. Penuh dengan gaya tersendiri, tak padan masih kecil dah pandai nak suruh ambilkan gambar.

Kelmarin, menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn ada memuat naik gambar yang memaparkan anaknya, Nur Latifah Chantiq Hanania sedang ber’posing’ ala-ala model. Tetapi apa yang menarik terdapat makhluk ‘aneh’ yang turut posing sekali.

 

View this post on Instagram

 

Bertabahlah wahai anakku.. sesungguhnya makhluk aneh itu wujud.. iya dong.. yg bener!! Aneh2 slalu ya papa nya Hanania🤦‍♀️.. ke mana tumpahnya sakit jiwa mama kalau bukan pada papa kamu haiii anakku.. bertabah ya.. yg aneh itu la yg bisa bikin mama kamu seperti kesampukan setan!! Adakalanya mama seperti karnivor bila melihat karenah papa kamu.. tp yg pasti papa kamu juga yg bisa bikin mama kamu kelahiran 5 adik bradik kamu.. for sure papa kamu yg mama syg.. yg pandai beli jiwa dgn hadis.. fuhhhhhhh yg itu mama kalah.. tp jaga2 ya papa.. mama jugak ada serangan nyaaaaaa😉.. 🤣 mama syg kamu semua termasoklah yg kt blkg si bijak pencuri jiwa.. love u all #JOHANANIA❤️ p/s: thank you @thejozheart @thejozheartsg beli dress yg comel tu utk Moleiq tp kakak dia rasmikan dulu.. dont worry, moleiq muat sb bambam🤣

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Ya Allah, meriah betul keluarga dorang ni kan! Gambar ini menarik perhatian netizen kerana aksi Johan yang terlalu ‘aneh’ tu sangat mencuit hati. Bagaimanalah perasaan Chantiq bila tengok balik gambar ini. Dah bersungguh dia posing, sekali kene ‘photobomb’ pulak dengan bapak sendiri.

Ozlynn pun sama naik layankan saja anak dia sedangkan Johan tengah syok menyakat Chantiq dekat belakang. Tetapi itulah yang membuatkan keluarga ini kekal bahagia dan penuh gelak tawa. Warga insta yang follow diorang pun mesti tak kering gusi tengok keletah keluarga awesome ni.

Yang paling tak tahan rupanya baju yang Chantiq asyik melaram ni dibeli untuk adiknya si moleiq tu. Tapi kakak dia dah rasmikan dulu. Terus berangan jadi princess si Chantiq ya. hahahaha.

Lihat komen-komen netizen dibawah:

annisaaonlyone – Pandainyaaa chantiq posing 😍 bakal pengganti mama ni nanti.

zalehazizan49 – Memang cantik laaa budak niiii lovely❤️❤️

am_rozaimi – 😂hahahahahaa. kemain mnonggeng

nrwnfzln – Anaknya dah cantik berposing.. sampai ke org belakang.. tepuk dahi nengoknye🤦

nor_net – 😂😂😂 sabo jela dgn yg blkg tu

manisku_nurya – hahahahahah💃💃💃 sriusss lawak dapat bapak mcm ni cantikkk

exryraxac – Mahal bayar backup dancer tu.. 🤣🤣🤣

ymtengkurosmeena – Malam2 nk p mne dressing cantikk tu

qizsh – Besar dah anak dara ni. Bukan kat belakang tu. Yg depan ni. 😂 Tengah bayangkan Chantiq ngamuk kat papa dia lepas sesi photoshoot ni😂

Adoi, macam-macamlah Johan ni. Tak kering gusi kalau duduk serumah dengan dia agaknya. Apapun, semoga keluarga dia dilimpahkan kurnia rezeki yang luas, Aamin. In shaa Allah.

Begitulah yang dikongsi oleh pasangan selebriti Johan dan Ozlynn yang sering mendapat perhatian ramai dalam caranya mendidik, melayan dan membesarkan anak- anak.

Johan Raja Lawak, nama yang cukup popular dikalangan rakyat di Malaysia merupakan pelawak, pelakon, penyampai radio. Dia berkahwin dengan Rozlinawaty binti Ismail pada 25 Julai 2009 di Masjid Lembah Jaya, Ampang Selangor. Hasil dari perkahwinan itu, dia dikurniakan lima zuriat. Hebat betul Johan ni!!

Sumber: IG jozlynnhanania

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya