Sedih Tak Dapat Makan Durian Di Kampung, Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Pos Durian

Ramai sedia maklum, sekarang sedang musim durian dan ramai yang mengeluh tak dapat balik kampung menikmati raja buah tersebut disebabkan PKPD yang kelihatan seperti tiada penghujung.

Sedih hanya dapat tengok gambar durian yang mak ayah hantar di group whatsapp. Tu belum mereka share buat serawa, buat jam dan buat bubur. Bertambah la meronta hati nak balik kampung.

Lagi best bila mak ayah sarapan durian, lunch durian, makan malam pun durian.

Tapi jangan terkejut sebab sekarang kita dah ada alternatif lain untuk menikmati buah durian di kampung. Caranya dengan mintak mak ayah poskan durian.

Seorang pengguna di Facebook bernama Razira Razalli dengan murah hatinya telah berkongsi cara untuk pos durian dari kampung. Dapatlah juga merasa kasih mak ayah.

Tak sangka durian pun boleh dikirim!

Siapa sangka sekarang durian pun boleh pos. Mana yang mak ayah banyak kebun durian dah boleh mula berniaga. Anak di perantauan mesti banyak group whatsapp dengan jiran tetangga, penduduk setempat dan rakan kerja. Boleh mereka manfaatkan alternatif ini untuk berkongsi durian dengan ramai orang.

Di samping itu dapatlah serba sedikit menambah pendapatan untuk mak ayah di musim PKPD ini.

Cara-cara nak pos durian

1. Frozen kan durian dulu sebiji-sebiji (yang ini mak letak semalaman saja dalam chest freezer).

2. Sediakan kotak polisterin, lapik kotak polisterin dengan surat khabar atau kain tuala.

3. Susun buah durian biar padat. Boleh muat 8 biji durian.

4. Balut keseluruhan kotak dengan plastik wrap.

5. Cari contact Parcelhub berdekatan dan boleh pergi pos. Sebelum pos sebaiknya contact Parcelhub terlebih dulu untuk pastikan alamat penerima boleh dihantar secepat mungkin).

Ini keadaan kotak selepas diterima

6. Berat 1 kotak ni anggaran 10kg dengan kos pos RM30 menggunakan Parcelhub. Pos hari Rabu, hari Khamis dah sampai. Jaminan parcelhub barang sampai dalam tempoh 3 hari paling lewat tapi 2 hari dah sampai.

Ini keadaan durian dalam kotak selepas diterima.

INFO: Pastikan check dulu dgn courier service sebelum hantar. Confirm dulu alamat yang kita nak hantar boleh terima pakej dengan cepat. Jaminan yg diberi paling lewat 3 hari sebab tempat PKPD. Bagi tempat yang tak bermasalah boleh sampai 2 hari.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua. Selamat mencuba dan kalau dah berjaya boleh kirim durian sebijik dua dekat admin.

Sumber:Razira Razali

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.