Empat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman tujuh hari berkaitan siasatan kes menerima dan mengutip r4suah bagi melindungi premis perniagaan h4ram di Sungai Buloh, Selangor.
Turut direman tujuh hari ialah seorang peniaga rokok seludup berbangsa Aceh kerana disyaki membayar wang r4suah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa.
Kena cekup dengan SPRM
Perintah tahanan r3man bagi kelima-lima individu berkenaan bermula hari ini sehingga Selasa (18 Ogos) dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia 2009.
Semalam, keempat-empat penguat kuasa MBSA – tiga bertugas di cawangan Sungai Buloh manakala seorang lagi di Shah Alam – ditahan di ibu pejabat SPRM di sini selepas hadir bagi memberi keterangan berkaitan kes berkenaan.
Didakwa lindungi premis judi
Empat penguat kuasa dan peniaga itu tiba di mahkamah pada kira-kira 8.40 pagi dengan dig4ri dan berbaju lokap SPRM berwarna jingga.
Isu berkenaan menjadi hangat apabila baru-baru ini tular dua klip video menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut.
Dia mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes jvdi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.
Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.
Sumber : Bernama