Connect with us

#pop

Terbongkar Harga Sebenar ‘Face Mask’ Yang Dipakai YDP Agong, Najib& Neelofa

Di kala musim Covid-19 ini, pelitup muka adalah keperluan yang paling utama untuk semua individu tambahan pula kerajaan akan melaksanakan kewajiban pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat yang sesak bermula 1 Ogos ini.

Segelintir pihak bersifat cerewet dalam memilih pelitup muka yang baik untuk mereka.

Dari jarak harga yang murah hingga mencecah ratusan ringgit, terdapat berbagai jenis pelitup muka yang mampu didapati di platform beli-belah secara online.

Sejak kebelakangan ini, ramai mula sedar terdapat satu jenis pelitup muka yang mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Terbongkar Harga Sebenar ‘Face Mask’ Yang Dipakai YDP Agong, Najib& Neelofa

Kenapa? Kerana jenis pelitup muka ini dipakai oleh orang-orang yang berpengaruh dan berjawatan seperti Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,  bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta selebriti dan usahawan popular, Neelofa.

 

Jenama dan harga mungkin bermain di fikiran netizen sama ada ianya berjenama dan mahal atau sebaliknya?

Hanya Sekitar RM 50 Jer!

Tetapi sebenarnya, pelitup muka yang dipakai mereka hanya berharga lingkungan RM50 sahaja untuk tiga unit.

Menurut hasil sumber di Internet, pelitup muka itu keluaran syarikat Xeralife.

Ianya berkualiti tinggi dan individu-individu yang berhasrat untuk beli, mereka boleh beli melalui aplikasi Shopee.

Terbongkar Harga Sebenar ‘Face Mask’ Yang Dipakai YDP Agong, Najib& Neelofa

Pelitup wajah Xeralife

Pelitup muka jenama Xeralife telah dibukti berkesan oleh Persatuan Sains Bioperubatan (BMSA) di Jepun terhadap seluruh jenis Inflvenza termasuklah selsema burung dan selsema khinzir.

Mengikut sumber di laman rasmi Xeralife, ia merupakan pelitup muka yang menggunakan hasil teknologi Jepun.

Bukan sahaja mencegah jangkitan kuman dan redakan alergik, malah mampu menjaga individu yang memakai dari wabak pandemik C0vid-19.

Malah, sewaktu penghasilan pelitup muka itu, tiada sebarang bahan kimia berbahaya digunakan.

Terbongkar Harga Sebenar ‘Face Mask’ Yang Dipakai YDP Agong, Najib& Neelofa

Pelitup muka yang normal mempunyai tiga lapisan tetapi keluaran dari Xeralife ini mempunyai empat lapisan yang kualiti tinggi.

Lapisan pertama menggunakan fabrik Spunbound, lapisan kedua menggunakan penapis (air filter) Xeralife.

Diikuti menggunakan fabrik Meltblow dan akhinrnya dilapisi Thermal bonded fabrik iaitu Polypropylene.

Bukan sahaja pelitup muka yang dijual mereka, malah terdapat beberapa produk juga yang dikeluarkan  syarikat ini termasuk produk penjagaan kulit, tekstil dan macam-macam lagi.

Individu yang berminat, boleh melayari laman sesawang rasmi syarikat ini di www.xeralife.com.

Sumber: murai.my

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya