Connect with us

#pop

Terengganu Negeri Pertama Bebas C0VID-19 di Malaysia

Terengganu mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas kes C0VID-19 sepenuhnya selepas kesemua daerah di negeri itu dikategorikan sebagai Zon Hijau.

Terengganu Negeri Pertama Bebas C0VID-19 di Malaysia

Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata 111 kes telah direkodkan di Terengganu dan kes terakhir melibatkan pesakit dari daerah Kemaman.

Bagaimanapun, pesakit C0VID-19 yang menerima rawatan di Hospital Kuantan itu telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu lepas.

“Seperti mana kita telah ketahui dan dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bahawa Terengganu telah bebas C0VID-19 dan diisytiharkan Zon Hijau yang mana kes terakhir iaitu kes 111 yang mana kes berasal dari Kemaman dimasukkan ke Hospital Kuantan dan telah didiscaj,” kata beliau memetik laporan Astro Awani.

Tambahnya lagi, walaupun dengan status negeri bebas C0VID-19 tetapi kesemua jawatankuasa peringkat negeri dan daerah masih berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan wujudnya kes jangkitan baharu di Terengganu.

Terengganu Negeri Pertama Bebas C0VID-19 di Malaysia

Penduduk di negeri itu turut diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa walaupun berada dalam Zon Hijau.

Che Adam turut berkata orang ramai masih perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan sehingga kini.

Terengganu Negeri Pertama Bebas C0VID-19 di Malaysia

C0VID-19 : Sifar Kes Aktif, Terengganu Kini Negeri Zon Hijau

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata ia susulan perkembangan semasa dan pesakit terakhir positif C0VID-19 di Terengganu sudah pun discaj dari hospital, Rabu lalu.

Beliau berkata, pesakit berumur 35 tahun yang berasal dari Kemaman itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang pada 20 Mei lalu setelah dikesan positif C0VID-19.

“Alhamdulillah, kita tiada lagi kes aktif C0VID-19 ketika ini dan saya berharap penduduk Terengganu terus mengamalkan kebersihan seperti saranan Kementerian Kesihatan dengan kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.

“Bagi urusan harian seperti sektor perniagaan pula, teruskan dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kementerian seperti mengambil butiran pelanggan, memeriksa suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman di premis masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Untuk rekod, Terengganu sebelum ini mencatat 111 kes C0VID-19 dengan satu kematian.

Daripada keseluruhan angka itu, Dungun merekodkan kes tertinggi dengan 38 kes, diikuti Besut (35), Kuala Terengganu (18), Setiu (lapan), Kemaman (enam), Kuala Nerus (empat) dan Marang (dua).

Hanya Hulu Terengganu satu-satunya daerah yang sifar kes C0VID-19 di negeri ini. – BERNAMA

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya