Connect with us

#viral

Tergamak Dia.. ‘Lemah Luluh Hati Saya Tengok Anak Meniarap Diik4t Kaki Tangan Oleh Pengasuh’

Naluri seorang ibu tidak pernah salah. Dia seperti dapat ‘menghidu’ apa yang terlaku dan terjadi. Kalau rasa tak sedap hati pada anaknya, mesti ada sesuatu yang tak kena berlaku.

Itulah yang terjadi, lemah dan luluh hati seorang ibu apabila melihat anaknya yang berusia empat tahun [email protected] dalam keadaan meniarap di rumah pengasuhnya.

“Apa d0sa anak saya sampai diik4t kaki dan tangan?,” tanya Nalita Ahmad, ibu kepada Muhammad Nor Nalis Esma Abdullah, kanak-kanak yang menjadi m4ngsa dɛra pengasuhnya.

Nalita Ahmad, berkata, mana-mana ibu pun tidak akan menyangka anak sekecil itu sanggup diperlakukan sedemikian oleh orang dɛwasa walau atas apa jua sebab.

“Saya pun tidak tahu apa salah saya atau anak saya. Nak dikata tak bayar upah, setiap bulan saya bayar RM300. Ada jiran yang kata bayaran itu agak tinggi berbanding dengan upah pengasuh lain di kawasan ini tapi saya tak kisah, saya bayar sebab percayakan dia (pengasuh),” katanya.

Namun kata Nalita, dia sama sekali tidak menyangka kepercayaan yang begitu tinggi diberikan dibalas sedemikian rupa, apa lagi anaknya yang jadi [email protected]

Nalita dari Taman Seri Pinang mengakui, Muhammad Nor mungkin agak aktif berbanding kanak-kanak sebayanya yang lain.

“Tapi itu bukan alasan sampai anak saya perlu diikat. Kalau tak sanggup jaga, kenapa tidak beritahu secara elok, boleh saya cari pengasuh lain,” katanya.

Nalita mengakui naluri keibuannya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya sebelum itu.

“Pulang dari jagaan pengasuh, anak saya selalu mengadu lapar menyebabkan saya ambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anak saya di rumah pengasuhnya itu.

“Hati ibu mana yang tidak sedih tatkala melihat anak [email protected] kaki dan tangan. Sungguh kɛj4m dan tidak berpɛrikemanusiaan. Anak orang lain pun kita pasti akan rasa sedih, apa lagi anak sendiri,” katanya.

Katanya lagi, dalam soal hukum4n terpulang pada mahkamah untuk mengadilinya namun sebagai insan dan juga ibu, dia mengharapkan [email protected] yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

“Bagi saya apa yang dilakukannya sememangnya tidak dapat diterima akal manusia yang normal namun saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai hal ini, biarlah dia diadili dengan sewajarnya di mahkamah kelak,” katanya.

Menurut Nalita, apa yang berlaku menyebabkan dia serik untuk anaknya dijaga oleh orang lain.

“Terjadinya perkara seperti ini menyebabkan saya sukar untuk percaya kepada sesiapapun untuk jaga anak. Peristiwa ini jadi igauan ngɛri pada saya yang takkan saya lupakan sampai bila bila,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspɛk akan dihadapkan ke mahkamah.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Tempoh reman tamat dan svspɛk akan didakwa di mahkamah.

“Kɛs ini disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana jika sabit [email protected] boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipɛnjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

-Kejadian ini berlaku pada tahun 2014.

Nak jadi pengasuh kena ada hati nurani dan minat terhadap kerja mengasuh, bukan sekadar nak duit.

Budak-budak kalau [email protected], itu memang perkara normal. Sebab itu kalau nak jadi pengasuh, mental dan fizikal perlu kuat. Bukan sekadar nak duit, kemudian lepas tangan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Jangan kita menjadi pengasuh yang tak berhati perut dan berdɛndam. Kita marahkan ibu bapa, anak mereka pula yang menjadi m4ngsa [email protected] kita, amarah kita. Anak-anak mereka tidak mengerti apa pun, sebab itu kita perlu toleransi dan nurani.

Continue Reading

Trending