#celeb
“Terima kasih kerana berdoa untuk Sameera…” – Anak saudara Neelofä disahkan sembuh dari Covid-19

Terdahulu media melaporkan, anak kepada sepupu pengacara dan ahli perniagaan Noör Neelofä iaitu Noör Sameerä Mohd. Nazlee, yang baru berusia enam bulan, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19.
View this post on Instagram
Menakjubkan, hari ini umum dimaklumkan bahawa anak saudara kepada pengacara terkenal itu telah pulih dan sembuh malah disahkan juga bebas dari virus pandemik tersebut.
Sameerä telah sembuh
Berita baik dan gembira itu dimaklumkan sendiri oleh sepupu Neelofa, ibu kepada Sameera iaitu Noör Cahaya menerusi akaun Instagram peribadinya, mengucapkan rasa syukur dan terima kasih bahawa anaknya telah pulih.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah akhirnya Noor Sameera sembuh daripada Covid-19 dan sudah di rumah. Terima kasih kepada semua, ahli keluarga dan pengikut yang sentiasa bertanya di Instagram…”
Alhamdulillah…
Lega mengetahui tentang perkara tersebut, rata-rata netizen bersyukur dan terus berdoa supaya Sameerä tetap sihat dan kuat seperti biasa.
Semoga wabak Covid-19 ini segera dibasmi dan kita semua dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa semula.
Sumber : Noör Cahaya
-
#pop5 bulan ago
Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!
-
#news11 bulan ago
Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini
-
#pop5 bulan ago
Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kesat dan memalukan orang lain
-
#celeb11 bulan ago
“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen