Patah tulang pinggul dan paru -paru bocor, pemuda ini sanggup kerja kelindan lori tampung kos ubatan akibat kemalangan.

Sumber: hbit

TIDAK sangka tindakan membenarkan rakan memandu keretanya menjadi asbab mereka terbabit dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari bekerja kerja di Jerantut pada tahun 2019 mengubah hidup Wan Muhammad Ardani Mohamad Yusoff, 26 atau lebih mesra disapa Along.

Angkara kecuaian rakannya, Along kini terpaksa bergantung kepada penggunaan beg stoma selepas ususnya b0cor dalam kemalangan itu. Along yang tertidur ketika kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu turut patah tulang pinggul selain paru-paru b0cor akibat tertusuk tulang rusuk yang patah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, kenderaannya yang remuk teruk dalam nahas itu gagal dalam tuntutan insurans dan di isyhtiharkan ‘total loss’. Along yang menjadi ‘dahan’ keluarganya bergantung, terlantar lebih 6 bulan selepas kemalangan dan hilang punca pendapatan.

Along menunjukkan gambar keadaan keretanya yang remuk teruk dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Patah tulang pinggul dan paru -paru bocor, pemuda ini terpaksa kerja kelindan lori tampung kos ubatan

Keadaan ini memaksa ibunya Haliza Sahari, 48, bekerja sebagai pengemas bilik resort dengan gaji RM50 sehari, berulang alik menunggang motosikal sejauh 34km setiap hari dari Ketari ke Janda Baik, semata-mata demi menampung kos beg stoma dan ubatnya.

Tertekan dengan keadaan diri yang terlantar ditambah tiada punca pendapatan, Along yang buntu memikirkan cara mengumpul wang untuk membeli beg stoma, mengambil keputusan menjual rangka keretanya di kedai besi buruk dengan harga RM260.

Dia juga berhutang dengan wakil rakyat hampir RM20,000 untuk menampung keperluan membeli beg stoma yang menelan belanja RM1,000 sebulan. Along menunjukkan beg stoma yang berharga RM11.90 sekeping dan beliau memerlukan RM1000 setiap bulan untuk beg ini.

Patah tulang pinggul dan paru -paru bocor, pemuda ini terpaksa kerja kelindan lori tampung kos ubatan

Walaupun tidak mampu melakukan kerja berat, pemuda cekal ini kini bekerja sebagai kelindan lori ‘towing’ dengan gaji RM300 sebulan untuk membeli beg stoma kerana tidak mahu menyusahkan ibunya. Memandangkan perbelanjaan beg stoma terlalu mahal, Along akan membeli mengikut kemampuan. Jika dia menerima RM20, dengan wang itulah dia membeli beg stoma, kapas dan pelekat khas.

Beg stoma kini menjadi keutamannya Along berbanding keperluan lain. Dia sanggup tidak berganti baju asalkan dapat membeli beg stoma. Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suara-asnaf/ dan tekan Asnaf 26 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

 

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.