Connect with us

#pop

Terkejut Khalid Jamlus Lelong Kasut Emas, Rupanya Ada Kaitan Dengan Mak Ayah Dia

Siapa tidak kenal dengan Muhamad Khalid Jamlus 43, yang merupakan pemain bola sepak mewakili negeri Perak bermain posisi penyerang. Beliau merupakan bekas pemain pasukan kebangsaan dan bawah 23 tahun Malaysia.

Baru-baru ini, beliau telah mengejutkan arena sukan Malaysia apabila bertindak menjual barangan berharga peribadinya iaitu jersi, pingat-pinga dan Kasut Emas yang dimiliki setelah menjadi juara Liga Perdana pada tahun 2002 .

Beliau dijemput untuk ke Astro Arena pada hari Isnin lali untuk mengulas lanjut isu tersebut. Beliau menegaskan bahawa situasi yang dihadapi olehnya berkaitan dengan situasi kehidupan dan ianya tidak menyalahi undang-undang.

“Tindakan saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang kerana saya cuba buat apa yang saya rasa bersesuaian dan sepatutnya saya lakukan, dengan keadaan hidup saya ketika ini.”

“Secara jujurnya, benda ini berlaku berpunca daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) akib4t wab4k COV1D-19 ini.

“Sebelum ini, memang saya ada terlibat menjadi duta produk, yang mana, abang ipar saya sendiri banyak membantu.

“Namun, sampai bila saya ingin mengharapkan bantuan orang? Barang-barang itu (barang lelongan) hak milik saya, bukan saya jual barangan orang lain,”

Faktor beliau bertindak melelong barangannya atas sebab kedesakan hidup dan tiada punca pendapatan.

“Apa yang boleh kita jangkakan kalau tiga tahun tidak bekerja? Saya juga ketua keluarga, saya rasa terdesak.

“Saya bukan hanya berdiam diri, saya sudah menyuarakan hasrat saya untuk menjadi jurulatih di Perak, begitu juga di Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tetapi, saya tidak nampak peluang itu,”

Apabila ditanya hos mengenai keputusan keluarganya apabila mendengar hasrat Khalid Jamlus untuk menjual barangan yang berharga dan mempunyai nilai sentimental, beliau menjelaskan bahawa,

“Apa yang saya buat ini adalah untuk menampung perbelanjaan saya. Saya masih lagi mempunyai emak dan ayah. Ayah dan emak saya pun tidak sihat.

“Jadi, kepada siapa lagi saya ingin mengadu perkara ini? Apa yang saya lakukan ini adalah untuk masa depan keluarga saya, untuk kelangsungan hidup,” tambah Khalid.

Dengan menggunakan Facebook Live sebagai pilihan platform, beliau melelong Kasut Emas miliknya dengan permulaan harga bidaan sebanyak RM10,500. Sesi langsung itu menarik sebanyak 1,000 penonton. Menerusi sesi langsung itu, kebanyakkan netizen berasa sedih dan sebak dengan tindakan beliau.

Berikut reaksi netizen
“Mintak KBS tolong tebus balik drpd pembida yg berjaya tu dan hadiahkan semua kpd saudara Khalid ni. Sebagai tanda penghargaan atas jasa2 dia

” Ape bod0h la yg kecam dia…bukan dia jual dad4h ke, jual barang org ke…ape kau ingat klu xde duit , kasut tu boleh dimkn ape ..dia jual demi kelansungan hidup…membantu keluarga..

” Dia biras aidil zafuan kan? Harap2 player yang lain pun beringat bila dah tak active bermain nanti, kena ada sumber pendapatan yang lain. Semoga dimurahkan rezeki dia utk tolong parents..

“Mslhnye dia jual murah sgt. Rm10k. Owner baru dpt jekpot la. Brg rare only one klu jual blk konfem makap berpuluh2 ribu

Apa pendapat anda semua? Perlukah Khalid Jamlus menjual barangannya? Atau mencari sumber pendapatan yang lain?

Sumber: Trending Sangat

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya