“Ada duit, lawa dari tu boleh.” – Tampil berwajah baharu dari 10 tahun dulu, Sharifah Rose jadi mangsa makcik bawang

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap suka mengecam di media sosial daripada sekecil perkara sehingga lah sebesar perkara.

Apa sahaja yang tak kena di mata netizen, pasti akan mengundang kecaman dan kritikan. Terutamanya bagi individu yang terkenal.

Baru-baru ini, Sharifah Rose seorang insta famous telah dikecam teruk selepas memuat naik gambar kad pengenalan lamanya di insta story.

Insta story Rose telah mendapat perhatian daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai @4PPL3J4cK_ di laman sosial Twitter.

Lelaki tersebut kemudiannya memuat naik gambar kad pengenalan Rose ke laman Twitternya dan membandingkan dengan gambar terkini Rose.

Ada duit boleh laaa…

Lelaki tersebut memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen yang menimbulkan pelbagai persoalan kepada pengguna yang lain.

Kaitan dengan duit?

sebab guna editing apps ke?

Nama pun kecik lagi…

Normal lah aduhh…

Cantik je…

Sumber dari OhMyMedia