AirAsia mohon maaf, minta Siti Aisyah Thomas tampil dedah perkara sebenar yang berlaku…

Nak balik tatap jen4zah ayah tetapi Siti Aisyah ditahan kru Airasia kerana terlewat 5 minit naiki pesawat

Seorang warganet menyifatkan kru penerbangan AirAsia ke Tawau tidak berhati perut apabila melarang  seorang penumpang yang kem4tian ayah masuk ke pesawat hanya kerana lewat lima minit pada 10 Februari lalu.

Akibatnya, penumpang itu terpaksa membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli tiket baharu untuk pulang ke Sabah.

Menurut Nurul Adira Mohamad menerusi ciapan twitternya, seorang penumpang wanita, Siti Aisyah Thomas menerima berita ayahnya di Tawau telah meningal dunia pada 12.30 tengah hari pada tarikh yang sama.

Beliau turut tag Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Aisyah yang berada di Johor Bharu sebelum itu, katanya, menumpang rakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) ketika itu tiba di pintu K2 – lima minit sebelum jam penerbangannya iaitu 5.25 petang namun tidak dibenarkan memasuki pesawat.

Walaupun abang Aisyah merayu kepada kru penerbangan AK5740 untuk membenarkan adiknya memasuki pesawat namun menurut Nurul Adira rayuannya bersama penumpang lain yang turut bersimpati tidak dilayan.

“THREAD ini saya tujukan khas untuk kakitangan @AirAsia yang bertugas untuk penerbangan @AirAsia AK5740 pada jam 5.25 petang, 10 Febuari 2019 dan juga kakitangan @AirAsia yang bertugas di pintu K2.

“Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, SITI AISYAH THOMAS meminta ihsan kawan untuk menghantarnya ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk mengejar penerbangan AK5740 @AirAsia pada jam 5.25 petang.

“Buat pengetahuan Tan Sri @tonyfernandes , SITI AISYAH THOMAS sampai di pintu K2 pada jam 5.20 petang. Pada masa tersebut masih ada 7 orang yang belum menaiki pesawat dan masih beratur TETAPI pintu K2 telah ditutup dan ground staff @AirAsia tidak membenarkan beliau masuk.

“Buat pengetahuan Tan Sri @tonyfernandes juga, abang SITI AISYAH THOMAS iaitu FIRMAN KAI THOMAS menaiki pesawat yang sama, AK5740 dan telah memberitahu ‘ground staff’ dan juga ‘cabin crew’ supaya menunggu adik beliau sekejap kerana ini adalah kecema5an bukan sengaja lambat.

“Setelah tidak dilayan oleh kakitangan Tan Sri @tonyfernandes , FIRMAN KAI THOMAS telah mengetuk pintu di mana kapten pesawat AK5740 @AirAsia tetapi menemui jalan buntu. Beberapa penumpang lain juga cuba untuk membantu tetapi tidak dihiraukan oleh ‘cabin crew’ yang bertugas,” tulisnya.

Akibat itu Aisyah terpaksa membeli tiket penerbangan baharu yang hanya transit ke Kota Kinabalu daripada Kuala Lumpur dan akan mengakibatkannya perlu membeli tiket lain di sana.

“Dipendekkan cerita, SITI AISYAH THOMAS terpaksa membeli tiket baru dari KLIA ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) kerana penerbangan AK5740 adalah merupakan penerbangan terakhir dari KLIA ke TAWAU sedangkan beliau telah membelanjakan RM1,000 lebih untuk tiket tadi.”

SITI AISYAH THOMAS terpaksa bermalam di KKIA dalam keadaan sedih dan tidak berdaya sementara menunggu penerbangan pagi 11 Febuari 2019 ke TAWAU sambil berharap sempat berjumpa dengan arw4h AYAH beliau buat kali terakhir,” ujarnya yang kecewa dengan layanan buruk diberikan oleh krew cabin penerbangan AirAsia pada waktu itu.

Sepatutnya penumpang terbabit, kata Nurul Adira diberikan sedikit masa menerusi ihsan dan simpati agar sempat berlepas pulang melihat jena5ah ayahnya kali terakhir yang berada ribuan batu jauhnya.

Justeru, Tony disarankan agar mendidik kakitangannya agar bertimbang rasa mengikut kes yang terdesak seperti penumpang bernama Aisyah dan abangnya itu.

“Dengan segala kejayaan dan pencapaian yang dikecapi oleh Tan Sri @tonyfernandes dan @AirAsia , saya mengharapkan juga Tan Sri @tonyfernandes dapat membimbing seluruh kakitangan @AirAsia supaya lebih bertimbang rasa dan ada sedikit COMPASSION untuk SITI AISYAH THOMAS,” katanya lagi.

AirAsia mohon maaf

AirAsia memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang terpaksa ditempuh oleh seorang penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat ke Tawau pada 10 Februari lalu setelah terlewat lima minit untuk penerbangan.

Dalam kenyataan ringkas kepada MalaysiaGazette, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, pihaknya menantikan maklumbalas terus dari tetamu yang terlibat bagi menyelesaikan perkara yang tidak diingini itu.

AirAsia juga menyedari tentang insiden tersebut dan telah cuba menghubungi penumpang berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara sebenar yang berlaku.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan luahan rasa tidak puas hati seorang warganet selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Aisyah Thomas yang kematian bapanya di Tawau tidak dibenarkan menaiki pesawat atas alasan sudah terlewat.

Netizen itu menyifatkan kakitangan AirAsia yang bertugas pada waktu itu tidak berhati perut.

Ini kerana, Siti Aisyah telah bertolak dari Johor Bahru ke klia2 untuk mendapatkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau pada pukul 5.20 petang pada hari kejadian.

Namun, penumpang itu terlewat lima minit apabila tiba di pintu pada pukul 5.25 petang.

Abang Siti Aisyah yang telah berada dalam pesawat telah memohon ihsan kepada anak-anak kapal bagi membenarkan adiknya menaiki pesawat terakhir yang terus ke Tawau, mal4ngnya rayuan itu tidak dilayan.

Akibatnya, Siti Aisyah terpaksa mengeluarkan wang lain untuk membeli tiket penerbangan transit ke Kota Kinabalu dan hanya dapat pulang ke Tawau pada 11 Februari.

Sumber artikel : MalaysiaGazette