Akhirnya Mereka Temui Sebahagian Daripada Badan Pesawat Lion Air. Rakaman Disediakan

Kotak hitam Lion Air mungkin ditemui

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mempunyai petunjuk kuat bahawa bunyi dalam air yang mereka dengar adalah daripada kotak hitam pesawat penumpang Lion Air yang terheempas bersama 189 orang, minggu ini, kata ketua tentera negara itu, hari ini.

Ketua tentera, Hadi Tjahjanto memaklumkan kepada pemberita bahawa penyelam sudah memeriksa lokasi terbabit, namun mereka berdepan kesukaran dengan arus deras.

Akhirnya Mereka Temui Sebahagian Daripada Badan Pesawat Lion Air. Rakaman Disediakan

“Kami berharap untuk melabuhkan sauh, malam ini dan menghantar jentera dalam air tanpa pemandu (ROV) sekali lagi.

“Saya pasti kita akan menemui kotak hitam dengan petunjuk kukuh ini. Bahagian utama pesawat tidak jauh dari sini,” kata Tjahjanto.

Operasi pencarian 24 jam itu yang melibatkan anggota tentera, polis serta Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) menggunakan 35 kapal, tiga helikopter serta tiga pesawat selain pasukan penyelam.

Operasi pencarian turut menggunakan peralatan canggih seperti pemerum gema berbilang alur, sonar dan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi mengesan bangkaii pesawat.

Penampakan Sebahagian Badan Pesawat Lion Air JT610 yang Ditemukan di Dasar Laut

Akhirnya Mereka Temui Sebahagian Daripada Badan Pesawat Lion Air. Rakaman Disediakan

Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang ditemukan pada kedalaman 32,5 meter.

Penemuan puing badan pesawat ini disiarkan langsung di salah sebuah syarikat penyiaran swasta.

Dari rakaman video tersebut, terlihat puing dan bongkahan besar pesawat dari yang berukuran kecil hingga besar.

Selain itu, ada pula kad pengenalan maangsa dan kelihatan seperti bahagian ekor pesawat. Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan itu ditemukan sekitar pukul 5 petang.

Menurut Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), pihaknya percaya kebanyakan mangsa tidak timbul kerana terikat pada kerusi pesawat.

Pihaknya setakat ini mengesahkan telah menemui serpihan ekor pesawat malang itu. Operasi pencarian berlangsung tanpa henti dan turut dibantu penggunaan sonar.

Antara yang menaiki pesawat berkenaan adalah empat orang hakim serta pegawai Kementerian Kewangan.

Penerbangan JT 610 itu membawa 178 penumpang dewasa, satu kanak-kanak dan dua bayi.

Pesawat dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin, Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda dan Deny Maula.

Badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan pada penyelaman keenam.

Badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan pada jarak 40 kilometer dari lokasi berangkat pasukan penyelam di Marunda.

Lokasi badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan itu sesuai area yang sudah ditetapkan Basarnas, yakni dalam radius sekita 15 mil laut.

VIDEO EKSKLUSIF

Tim Batalyon Intai Amfibi (Yon Taifib) Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) dan dua jurnalis NET, Satria Purnatama dan Albert Sumilat, berhasil menemukan sebagian puing badan pesawat Lion Air JT-610. Puing-puing di dasar laut wilayah Tanjung Karawang ini ditemukan Rabu sore, sekitar pukul 17.10 WIB. Penemuan didapat oleh Tim Taifib 1 dan jurnalis NET pada penyelaman yang ke-6.

Berita Rasmi Pasukan Penyelam Berhasil Temukan Serpihan Pesawat Lion Air

Sumber dari TribunNews