Aktiviti pelombongan bauksit diteruskan semula kerana ia menguntungkan kerajaan

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini.

Berikutan dengan pengumuman itu, semua aktiviti melombong dan pengeksportan bahan mineral berkenaan boleh diteruskan semula, namun kali ini dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.

“Moratorium tidak akan dilanjutkan selepas 31 Mac ini…Saya nampak industri bauksit di negeri Pahang ini memang ada permintaan yang tinggi dan dan keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan juga banyak.

“Pada 2015 sahaja kerajaan negeri direkodkan menerima RM47 juta hasil pembayaran royalti, kerajaan pusat kita tidak dapat apa-apa bahagian, hanya beri kelulusan untuk permit import (AP) sahaja.

“Dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum ini tidak ada satu pun yang menyatakan kita kena hentikan industri bauksit di Pahang, sama ada pemimpin politik tempatan mahupun kerajaan negeri semua bersetuju industri ini ada potensi besar dan ia perlu diteruskan,” katanya.

Dr Xavier berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan penyimpanan bauksit di sekitar daerah ini dan Pelabuhan Kuantan di Kuantan hari ini.

Menurutnya dalam masa yang sama, sebanyak 435,000 tan metrik yang masih berada di kawasan penyimpanan di Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman perlu dikosongkan segera dalam tempoh sebulan sebelum 31 Mac depan.

Ini kerana, katanya bermula dalam SOP baharu yang akan diperkenalkan nanti, hanya bauksit yang telah dicuci, dibenarkan untuk dieksport demi menjaga alam sekitar.

“Kementerian dengan kerjasama pihak yang berkenaan telah menyediakan satu SOP baharu dan saya minta kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan khususnya pelombong supaya mematuhi syarat dan peraturan yang kami tetapkan.

“Mana-mana pemain industri ini yang ingkar boleh dikenakan hukuman maksimum denda sebanyak RM500,000 dan tiga bulan penjara jika didapati melakukan pencerobohan dan perlombongan secara haram mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

“Kami akan kuatkuasakan SOP itu jadi pihak industri akan mematuhi apa yang kami tetapkan, itu adalah penting,“ katanya.

Dr Xavier berkata SOP baharu itu disediakan dengan teliti meliputi empat aspek penting iaitu pengurusan ekstrak bauksit, pengangkutan dan penguatkuasaan, kawasan penyimpanan dan pengurusan di pelabuhan serta pengeksportan bauksit.

Aktiviti pelombongan bauksit diteruskan semula kerana ia menguntungkan kerajaan

Menurutnya aspek yang menjadi tumpuan sebelum ini ialah berkenaan pengangkutan dan penguatkuasaan yang longgar sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar sekali gus membawa kepada pelaksanaan moratorium aktiviti itu pada 15 Jan 2016.

Beliau berkata bagi mengatasinya, setiap pelombong yang terlibat perlu mendaftar dengan Pejabat Tanah dan Galian negeri selain hanya lori daripada jenis telah ditetapkan sahaja yang akan dibenarkan untuk mengangkut bahan berkenaan dari kawasan penyimpanan ke pelabuhan.

“Jika SOP ini berjaya dilaksanakan tanpa masalah, kami akan perluaskan pelaksanaannya ke negeri lain yang juga mempunyai bauksit iaitu Terengganu dan Johor. Setakat ini Terengganu menunjukkan minat (eksport bauksit) tetapi kementerian akan berbincang dahulu dengan kerajaan negeri bagaimana untuk melaksanakan industri ini” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya kementerian telah diminta oleh jemaah menteri untuk mengkaji kawasan yang kaya dengan bahan mineral untuk diteroka berikutan permintaan yang tinggi di pasaran termasuk bijih timah.

Dr Xavier berkata berikutan itu kementerian akan mengadakan simposium dan pameran pada masa akan datang untuk melihat tentang perkara itu.

YB Fuziah dikec4m selepas kerajaan PH benarkan semula perlombongan bauksit

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang begitu lantang mengkritik BN berhubung isu bauksit sebelum ini dikecam netizen selepas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengumumkan kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium yang akan berakhir 31 Mac depan.

Dr Xavier berkata, kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang mendapat permintaan yang tinggi dan menguntungkan pihak kerajaan.

Nampaknya, usaha YB Fuziah selama beberapa tahun ini sehingga sanggup turun berdemo bersama rakyat sia-sia sahaja.

Aktiviti pelombongan bauksit diteruskan semula kerana ia menguntungkan kerajaan

Malah, kenyataan terbaru beliau berhubung isu tersebut sangat mengecewakan seolah-olah ayat-ayat mahu membela generasi akan datang tidak pernah keluar dari mulut beliau sebelum ini.

Petikan posting di FB pada 2015

“Ada yg terlibat dgn aktiviti melombong bauksit, atau bawak lori bauksit, atau terlibat dgn eksport bauksit… Kata kat saya gini…

‘YB, kami sokong YB masa PRU…tapi skrg YB bantai bauksit kow kow. Mcmana kami nak sokong YB’…

Apa nak di kata?

Saya jawab…. Segala keuntungan dari bauksit ini tidak mungkin boleh menggantikan kesusahan yg dialami rakyat dgn kegembiraan. !!! Ia juga tidak boleh mengembalikan kerosakan keatas alam dan ia juga tidak boleh membeli kesihatan apabila anak sdr sakit nanti akibat pencemaran bauksit.. Maka renung2kan lah…

I AM FIGHTING FOR OUR CHILDREN’s FUTURE !!!”

Aktiviti pelombongan bauksit diteruskan semula kerana ia menguntungkan kerajaan

Bauksit ialah sejenis mineral dlm tanah yg di perlukan untuk memproses aluminium. Caranya tanah perlu di korek dan kemudian di hantar ke negara China untuk di proses. Kita tidak proses di sini. Tanah yg berwarna merah yg kaya dgn bauksit itu lah yg mencemarkan udara sewaktu di angkut dari lombong hingga ke pelabuhan kuantan.

Juga bersekali dgn bauksit ini terkandung thorium yg merupakan satu jenis NORM (Naturally Occuring Radioactive Material) . Walaupun kadar radiasi thorium ini rendah ia mempunyai jangka separuh hayat yg begitu lama iaitu selama 14 billion tahun. Paling bahaya ialah apabila debu dari bauksit yg di hidu terkandung thorium kerana thorium ini ialah sejenis carcinogen (bahan penyebab kanser) .

Apabila debu ini melekat di kereta dan kita marah2.. cuba bayangkan debu merah yg melekat di paru2 kita. Marah pun tak boleh nak cuci tau!! Thorium ini juga mengeluarkan radiasi dalaman apabila melekat di paru2 kita. Uranium juga ada tu walau kandungan nya kecil.

Bersekali dgn bauksit pula selalunya terdapat juga logam2 berat seperti plumbum. Apabila tanah dikawasan lombong terhakis selepas di korek maka logam berat itu mencemari pula sistem air kita sbb pencemaran ini masuk ke sungai. Sya sudah trace bahawa air tercemar dari lombong di rtp bukit goh itu mmg masuk ke Sg Kuantan. Sg Kuantan pula sumber air minuman kita. Seluruh warga Kuantan tidak boleh mengelak.

Maka rakan2 fb sekelian..

Mmg cari penyakit la kalau kita tak bantah !!!!

Sementara itu, netizen nyata kecewa dengan ‘u-turn’ terbaharu kerajaan PH ini.

“Bauksit dekat Pahang ni memang ajaib. Sebelum PRU hari tu bauksit ni semua bahaya nak mampus. Lepas PRU terus semua bauksit berubah jadi bahan yang paling selamat dan mesra alam. Apakah bauksit ini juga sudah dimaqasid-syariahkan?,” kata Mohd Uzair.

Sheikh Amizal berkata, “YB, bila kita nak buat demo balik guling guling lawan kerajaan yang memberi kebenaran menyambung balik operasi bauxite? Eh…lupa…YB dah jadi kerajaan…”

Manakala Suhael Adnan pula berkata “Maaf YB, kalau dulu YB keras menolak perlombongan bauksit ni, jangan YB berlembut sekarang hanya kerana berada dalam kem yang sama. YB kena kekal lantang, ini untuk rakyat kawasan YB yang ada di belakang YB selama ini. Jangan kecewakan mereka, jangan khianati mereka YB.”

Diharap YB Fuziah tidak memperjudikan nasib dan keselamatan nyawa rakyat di negeri Pahang demi keuntungan wang ringgit semata-mata.

– Bernama