Anak dapat anugerah tamatkan hafazan sempena Maulidur Rasul, Norman Hakim luah rasa syukur

Sejak beberapa bulan yang lalu, pencapaian anak sulung Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa.

Beberapa hari yang lalu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu dikatakan telah mendapat jemputan daripada pihak sekolah Dania untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa Ke-6 sekaligus meraikan anaknya yang berjaya menamatkan hafazan bersempena dengan bulan kelahiran Maulidur Rasul.

Berbangga terhadap pencapaian Dania, suami kepada Memey Suhaiza itu meluahkan rasa syukur di Instagram dan mengakui agak gementar untuk melihat anaknya menerima anugerah tersebut.

Tahniah Marissa sekeluarga!

Rata-rata, ramai pengikut yang mengucapkan tahniah terhadap Norman Hakim serta memuji kehebatan dan kerajinan anaknya dalam menuntut ilmu.

Anak dara dapat anugerah tamatkan hafazan sempena Maulidur Rasul, Norman Hakim luah rasa syukur

Sejuk perut ibu mengandung

Terdapat juga pengikut yang merasakan betapa untung Abby Abadi kerana mempunyai anak yang dilihat begitu sempurna tambah-tambah lagi dengan didikan ilmu sebagai seorang hafizah.

Anak dara dapat anugerah tamatkan hafazan sempena Maulidur Rasul, Norman Hakim luah rasa syukur

Ramai yang masuk meminang ni nanti

Anak dara dapat anugerah tamatkan hafazan sempena Maulidur Rasul, Norman Hakim luah rasa syukur

Ni kalau hantaran puluh ribu pun berbaloi

Anak dara dapat anugerah tamatkan hafazan sempena Maulidur Rasul, Norman Hakim luah rasa syukur

Anaka-anak Abby Abadi dilihat memiliki hati yang terang dalam menuntut ilmu kerana anak lelakinya sebelum ini juga dikatakan telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Dania yang berumur 13 tahun itu juga dikatakan tinggal di asrama tempat dia bersekolah dan hanya menggunakan telefon pintar ketika pulang bercuti di rumah.

Sumber : OhMyMedia