Anak tak guna. Penggal bapa sendiri

IPOH – May@t seorang warga emas ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kepala dan anggota badan terpisah dipercayai dipenggal menggunakan parang panjang di kediamannya di Kampung Kanthan Baru, Chemor, hari ini.

Mayat You Su Kim, 74, ditemui di dua lokasi pada jarak 12 meter, kepala ditemui tertanam di belakang rumahnya manakala anggota tubuh lain dipercayai dicampak dalam lubang pembentungan rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, polis telah menahan anak lelaki mangsa berusia 52 tahun yang disyaki suspek utama kejadian itu.

Menurutnya, jiran memaklumkan ada mendengar pergaduhan antara mangsa dan anak lelakinya, malam tadi.

“Suspek telah menunjukkan senjata iaitu sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan untuk mem0tong bahagian tubuh mangsa.

“Senjata itu ditemui di sebuah bilik rumah terbabit dan terdapat kesan darah di dalamnya.

Anak tak guna. Penggal bapa sendiri

Anggota tubuh lain dipercayai dicampak dalam lubang pembentungan rumah berkenaan.

“Difahamkan, suspek telah beberapa kali dimarahi bapanya kerana menghisap ice (dadah) dalam rumah dan kita syak, dalam keadaan khayal suspek mengambil tindakan drastik membunuh bapanya,” katanya.

Kejadian itu disedari awal anak perempuan mangsa sekitar jam 9 pagi tadi selepas menemui beberapa kesan d@rah di tilam, bantal dan dinding rumah terbabit.

Anak perempuan mahu dikenali Yong berkata, curiga dengan keadaan itu, dia meminta bantuan jiran untuk mengesan ayahnya sebelum menemui kesan korekan tanah di bahagian belakang rumah.

Menurutnya, ayahnya yang mengalami sakit tua dan lumpuh tinggal bersama adik lelakinya itu sejak beberapa tahun lalu.

“Sewaktu saya datang pagi tadi, pintu rumah tidak berkunci dan ada beberapa kesan dar@h, saya hubungi adik, tetapi dia maklumkan berada di luar,” katanya.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan unit forensik polis dibantu anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan tubuh mangsa dari lubang pembentungan.

Sumber dari Sinar Harian