“Asalkan dia tak pergi karaoke dengan laki kau, okaylah tu” – Didi Astillah

TINDAKAN biadap seorang pengikut Instagram Didi Astillah yang tidak berpuas hati dengan kakaknya, Bella Astillah mendapat perhatian penyanyi itu.

Menerusi ruang komen, pengguna Instagram itu menyelar Bella yang mendapat  tanda pengesahan (verified badges) di laman sosial itu selain meminta isteri kepada Aliff Aziz itu berterima kasih kepada aktres Afifah Nasir kerana telah menaikkan namanya.

Malah wanita yang menggunakan nama @yaya_xahari itu turut menuduh Bella membeli pengikut selain mendakwa mereka adik-beradik gilakan populariti.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Didi yang membalas komen itu meminta individu tersebut agar tidak lagi meninggalkan komen negatif selain mendoakan Tuhan memberikan kebahagiaan kepadanya.

“Asalkan dia tak pergi karaoke dengan laki kau, okaylah tu” – Didi Astillah

Didi membalas komen biadap seorang pengikutnya.

As long as dia tak sakitkan hati awak, tak pergi karaoke dengan suami awak, OK la tu… Hihi. Syukur Alhamdulillah Tuhan beri kebahagian dengan jayanya pada kami sekeluarga.

“Dah tak payah dah komen negatif okay. Saya doakan Tuhan beri awak kebahgiaan yang nyata ya, InsyaAllah… Peace!,” tulisnya.

Menjawab tuduhan membeli pengikut, Didi meminta wanita itu menunjukkan bukti atas tuduhan itu dan menegaskan mereka adik-beradik tidak pernah mengejar populariti.

“Asalkan dia tak pergi karaoke dengan laki kau, okaylah tu” – Didi Astillah

Bella bersama anak dan suami, Aliff Aziz.

Sebaliknya kata Didi, kehadirannya dalam bidang seni kerana minat sejak kecil dan bukan untuk bersaing dengan sesiapa.

“Buat apa nak berlawan-lawan… Kita ini dah besar panjang, masing-masing bukan dekat sekolah rendah lagi.

“Beli followers? Mana bukti?… Tak popular pun awak kenal juga kami adik-beradik tapi kami tak kejar populariti tau. Kami berdua memang minat bidang seni dari kecil. Rezeki masing-masingkan,” katanya.

Dalam pada itu, Didi berkata, dia tidak kisah dengan apa juga yang ingin dikatakan tentang mereka adik-beradik kerana apa lebih penting kehidupan mereka bahagia.

Guna foto promo produk buah d*da, Didi Astillah mestilah bengang

Didi Astillah menegur tindakan peniaga produk menggunakan foto miliknya tanpa kebenaran bagi mempromosi produk berkaitan bu*h dad*.

Malah, Didi, 22, berkata, dia turut diserang ejen yang kurang senang dengan penjelasannya berkaitan produk berkenaan di laman sosial pada Jumaat.

“Seriuslah pakai gambar saya tanpa kebenaran untuk promosi produk buah d*da besar awak? Takpa saya suka buah d@da saya. Terima kasih,” ujarnya di Instagram pada Jumaat.

Didi berkongsi mesej peribadi ejen yang menyerangnya di Instagram.

Didi menerusi Instastory turut berkongsi mesej peribadi dan ugutan yang diterima daripada salah seorang ejen produk tersebut.

Individu tersebut meminta penyanyi berkenaan memadam posting berkenaan kerana dianggap tidak profesional dan merosakkan perniagaannya.

Sementara itu, penyanyi lagu Fikirkan Kamu ini berkata, dia tidak akan memadam posting tersebut berikutan apa yang dilakukan individu berkenaan disifatkan sebagai peras ugut.

“Baru nak remove (padam) posting instastory saya tadi atas budi bicara pengasas dia yang baik tapi ejen dia yang lebih-lebih. Dia yang salah tapi dia nak sound kita macam ni?

“Patut ke profesional, awak rasa tindakan awak tu profesional ke?” soalnya. – mStar