Bangkai kapal selam yang hilang bersama anak kapal setahun lalu muncul di Lautan Atlantik

Dunia digemparkan dengan berita kemunculan semula kapal selam ARA San Juan yang telah hilang sejak setahun yang lalu pada Jumaat (16 November 2018) lepas.

Bangkai kapal selam yang hilang bersama anak kapal setahun lalu muncul di Lautan Atlantik

Kapal selam yang hilang bersama anak kapal itu ditemui di Lautan Atlantik selepas berjaya dikesan oleh syarikat dari Amerika Syarikat iaitu Ocean Infinity yang bertanggungjawab dalam operasi pencarian selama kehilangannya.

Selepas terdapat “pengenalan positif ARA San Juan,” yang terletak pada kedalaman 800 meter di Lautan Atlantik, Tentera Laut Argentina mengesahkan perkara tersebut pada petang Jumaat yang sama.

Bangkai kapal selam yang hilang bersama anak kapal setahun lalu muncul di Lautan Atlantik

Kesemua ahli keluarga anak kapal yang terkorban dalam nahas tersebut telah dipanggil ke Pangkalan Laut Mar del Plata untuk dimaklumkan secara rasmi dalam tempoh masa yang terdekat.

Difahamkan, kapal selam yang dalam perjalanan ke pangkalan Ushuaia di selatan Argentina tersebut telah terputus hubungan dengan tentera pada 15 November tahun lalu kira-kira 450 kilometer dari pantai Argentina.

Sebanyak 13 buah negara telah terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang dijalankan selepas 48 jam kapal selam itu hilang daripada radar.

Kapal selam ARA San Juan yang membawa 44 orang kru dilaporkan gagal dikesan selepas kali terakhir dihubungi pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia), 15 November tahun lalu.

Sebelum ini, lebih daripada 10 buah negara telah bersetuju untuk membantu Argentina mengesan kapal selam ARA San Juan dengan menawarkan khidmat kapal atau pesawat peninjau.

Selain Amerika Syarikat (AS), turut serta dalam misi pencarian itu ketika ini ialah Brazil, Chile, Colombia, Pe­rancis, Jerman, Peru, Afrika Selatan, Uruguay dan United Kingdom (UK).

Sementara itu, seorang pegawai tentera laut yang enggan dikenali berkata, dia tidak menjangkakan kesemua kru kapal akan terselamat.

“Kami berada di tengah-tengah tragedi. Kami diselubungi perasaan terkejut, sedih dan sakit kerana 44 rakan kami telah hilang.

“Selain kehilangan nyawa, separuh kapasiti kapal selam Argentina telah hilang,” kata pegawai berkenaan

Sumber dari EraBaru