“Bangs*t Punya Riders,”- Sharnaaz Ahmad Beri Amaran Pada Geng Motor Acah Gangster

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa besar memukul pekerja stesen minyak gara-gara tersilap tekan jenis minyak.

Video tersebut nyata mengundang kemarahan netizen termasuklah pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz yang juga merupakan peminat motosikal kuasa besar itu memberi tahu, insiden itu hanya akan memalukan komuniti tersebut selain akan memberikan persepsi buruk daripada masyarakat.

“Gua ajak ini budak budak moto baru nak up berdepan.. mana lu punya kepak mari tgk.. ada lagi ka atau sudah kena sepit sama polis??”

Tambah Sharnaaz, penunggang motosikal yang baik akan sentiasa menghormati dan membantu orang yang memerlukan.

Pelakon tersebut turut berharap agar individu berkenaan akan diheret ke muka pengadilan dan memperoleh hukuman yang setimpal

“Bikers sejati adalah menghormati orang, sentiasa ada untuk bantu sesama rider dan org yang memerlukan, kalau takdak etika tu tolong bakar moto bank loan kedai ko tu, dan takpon kunci diri ko dalam mesin penggering. Bangsat punya rider. Memalukan semua rider di Malaysia dan dunia.

“Buat rider gemok dan geng cap ayam mereka yg masih bebas, insyaAllah anda pasti di hadapkan kemuka pengadilan. Tapi kalau gua cam muka lu kat luar, insyaAllah gua pasti mulakan dgn bismillah dan akhir di sadakallah hullazim,” katanya lagi

“Bangs*t Punya Riders,”- Sharnaaz Ahmad Beri Amaran Pada Geng Motor Acah Gangster

Kau tunggu kena kutip

Beberapa hari lalu, tular rakaman seorang pekerja pam minyak PETRONAS dipukul oleh beberapa orang lelaki gara-gara tersilap isi minyak RON 97 dengan minyak RON 95 pada 6 Oktober yang lalu.

Susulan itu, PDRM melalui Polis Daerah Tapah dalam satu kemas kini di laman facebook rasminya meminta dua orang lelaki yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan untuk tampil menyerah diri.

“Berikutan video yang tular di media sosial, pohon kedua-dua saksi bagi kejadian di Petronas Sungkai pada 6/10/2018 untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis.

”Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi tersebut boleh berhubung dengan Asp Ong Chin Yong Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah Di talian 012-2013048,” kata kenyataan itu lagi.

Media sebelum ini turut melaporkan insiden berkenaan dimana mangsa pukul berkenaan telahpun membuat laporan polis serta mendakwa dirinya mengalami kesakitan di beberapa tempat.

Mangsa turut menjelaskan ketika kejadian, suspek hadir ke stesen minyak tempatnya bekerja untuk mengisi minyak motorsikal namun tidak memaklumkan jenis minyak yang mahu diisi.

Mangsa kemudian membuat keputusan untuk mengisi minyak RON 95. Namun tindakannya mendatangkan rasa tidak puas hati kepada suspek walaupun mangsa sudah membuat permohonan maaf.

Berdasarkan klip video CCTV berdurasi 42 saat yang tular, mangsa ditarik keluar daripada tempat kerjanya sebelum dipukul sehingga terjatuh serta dibaling dengan objek oleh kedua-dua suspek, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.45 tengah hari itu.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.